Saya sememangnya mementingkan praktikaliti pakaian raya kerana pada pagi raya kita akan melakukan pelbagai aktiviti yang memerlukan banyak pergerakan.
Baju raya yang baik dan cantik itu tidak bermakna direka oleh pereka fesyen yang terkenal, harga yang mahal atau fesyennya terkini.
Sebelum membeli pakaian untuk dipakai pada hari raya, saya akan pastikan pakaian raya asasnya memenuhi 7 ciri-ciri asas ini.
Fabrik yang selesa
- Pastikan anda memilih fabrik yang selesa untuk dipakai pada hari raya untuk memudahkan pergerakan.
- Elakkan memakai fabrik yang panas dan tidak serap peluh supaya anda berasa selesa.
Perincian sederhana
- Perincian pada pakaian raya anda haruslah sederhana supaya tidak menyukarkan anda untuk melakukan aktiviti seperti menghidang juadah kepada tetamu dan sebagainya.
Tidak melebihi 3 warna
- Warna pakaian yang melebihi 3 warna membuatkan penampilan anda kelihatan lebih sarat.
- Jika anda seorang yang rendah, tidak digalakkan memakai lebih daripada 3 warna kerana akan membuatkan anda kelihatan lebih rendah.
Mudah diseterika
- Pakaian yang dibeli untuk dipakai waktu raya mestilah mudah diseterika supaya kedutan tersebut hilang dan kelihatan kemas di pagi raya.
Kain tidak meleret
- Kain yang meleret akan menyebabkan anda sukar untuk bergerak. Kain yang meleret itu juga boleh menyebabkan orang lain terpijak seterusnya menyebabkan kecederaan berlaku.
- Di samping itu, kain yang meleret juga mudah kotor apabila anda berjalan di luar rumah.
Fabrik tidak jarang
- Pakaian dengan fabrik yang jarang seharusnya dielakkan oleh golongan wanita. Pemakaian fabrik yang jarang akan menampakkan bentuk tubuh dan ia tidak sesuai dipakai waktu raya.
- Sebaiknya pakailah pakaiaan yang sopan dan menutup aurat.
Pakaian tidak ketat
- Untuk cantik, pakaian yang dipakai tidak semestinya perlu ketat. Anda seharusnya memakai pakaian yang longgar dan tidak mengikut bentuk tubuh badan.
- Pilih saiz dan ukuran yang sesuai dengan badan anda.
Pakailah pakaian yang sopan dan sesuai untuk beraya nanti. Pastikan pakaian yang anda pilih dan beli itu menepati ciri-ciri yang dinyatakan di atas.
Leave a comment