TEKNIK KOMBINASI WARNA UNTUK ‘MENUTUP‘ KAWASAN TUBUH YANG LEBAR ATAU BESAR DAN KELIHATAN LEBIH KURUS

 

Cikpuan tahu apa itu kombinasi warna ? Bagaimana cara untuk kelihatan kurus dengan kombinasi warna yang cikpuan gunakan? Warna apakah yang sesuai untuk digabungkan untuk blouse, blazer dan seluar ataupun kain untuk kelihatan kurus?

Mari saya jelaskan teknik padanan warna untuk nampak kurus!

 

Gaya A
=====

Gabungan warna gelap dan terang pada set pakaian ini menjadikan kawasan berwarna pink iaitu pada blouse lebih menyerlah berbanding warna hitam untuk blazer dan seluar.

Cara padanan warna sebegini amat bagus untuk wanita yang mahu kawasan yang lebar pada paha, pinggang dan pinggul diselindungi dengan warna hitam.

Untuk wanita bertudung, boleh mengekalkan efek ini digayakan dengan tudung dengan rona hitam sama ada polos atau mempunyai corak minimal.

 

Gaya B
=====

Pada set pakaian ini, blazer yang berwarna pink lebih menarik perhatian berbanding blouse dan seluar yang berwarna hitam.

Cara padanan warna sebegini amat bagus untuk wanita yang mahu kawasan yang lebar pada dada dan perut diselindungi dengan warna hitam.

Untuk wanita bertudung, boleh mengekalkan efek ini digayakan dengan tudung dengan rona pink sama ada polos atau mempunyai corak minimal.

 

NOTA: Warna pink boleh digantikan dengan warna lain yang lebih cerah atau terang berbanding warna hitam. 

Terima kasih kerana membacanya. Semoga bermanfaat buat cikpuan!