Berdasarkan kajian, kebanyakan wanita di negara Asia memiliki tubuh berbentuk pear.

Ciri-ciri wanita yang mempunyai bentuk badan pear ialah:

  • Mempunyai ukuran pinggul lebih lebar dari bahu dan pinggang
  • Paras pinggul dan ke bawah lebih jelas kelihatan

Wanita yang memiliki bentuk badan pear juga perlu berhati-hati dalam pemilihan potongan seluar.

Prinsip asas yang perlu diingat oleh semua wanita yang mempunyai bentuk badan pear apabila memilih rekaan dan potongan seluar ialah:

  • Elakkan rekaan dan potongan seluar yang ketat dan beri tumpuan pada bahagian tubuh yang sudah lebar
  • Alihkan fokus mata pada bahagian yang lebih kecil atau kurang lebar
  • Elak tubuh kelihatan sarat dengan perincian yang berlebihan di bahagian pinggul dan pinggang

Anda perlu pastikan bahawa seluar yang dipilih tidak menambahkan ilusi lebar pada bahagian pinggang ke bawah.

Berikut ialah jenis seluar yang sesuai dipakai oleh wanita yang memiliki bentuk badan  pear.

Straight Cut

  • Seluar jenis ini mempunyai potongan yang lurus dan sesuai dipakai oleh bentuk badan pear.
  • Seluar ini juga mempunyai material yang pelbagai seperti denim, polyester, cotton, linen atau wool.
  • Potongan seluar yang lurus ini membantu wanita berbadan pear menghasilkan rupa yang seimbang antara bahagian bahu dan pinggul.
  • Seluar ini juga membantu untuk memberi ilusi tinggi khususnya untuk wanita yang mempunyai ketinggian 155 cm ke bawah.
  • Juga sesuai dipakai untuk situasi formal atau kasual.
  • Warna seluar yang gelap lebih sesuai dipakai dalam situasi yang formal dan warna pastel atau terang sesuai dipakai untuk situasi kasual.

Wide Leg

  • Seluar ini mempunyai potongan yang lebar bermula dari bahagian pinggul ke bawah.
  • Wanita berbadan pear sesuai memakai seluar jenis ini kerana ia membantu untuk menutupi kawasan pinggul dan pinggang yang lebar.
  • Penampilan anda juga akan kelihatan seimbang kerana potongan seluar yang lebar itu menyembunyikan kawasan yang sudah sedia lebar.
  • Mempunyai pelbagai jenis material seperti cotton, linen, denim dan lain-lain.
  • Sesuai dipakai dalam situasi yang kasual dan santai dengan pilihan warna yang pelbagai.
  • Bagi wanita yang rendah, sebaiknya pilih seluar dengan warna yang gelap berbanding warna yang cerah.

Flare Leg

  • Seluar ini mempunyai rekaan seperti seluar bootcut tetapi bahagian bawahnya lebih lebar.
  • Sesuai dipakai oleh wanita berbadan pear kerana bahagian lebar di bawah membantu untuk mengimbangi pinggul dan peha yang lebar.
  • Selain itu, ia juga membantu untuk membuatkan kaki kelihatan lebih panjang.
  • Sesuai juga dipakai untuk pelbagai acara yang bersifat kasual dan santai.
  • Juga mempunyai material kain yang berbeza-beza dan boleh dipilih mengikut kesesuaian.
  • Disarankan memilih seluar dengan warna yang gelap dan fabrik yang tidak jarang.

Selain tiga jenis seluar di atas, seluar jenis bootcut sesuai juga dipakai untuk wanita yang mempunyai bentuk badan pear.

Tetapi untuk wanita yang mempunyai ketinggian di bawah 155 cm, potongan seluar ini akan menyebabkan tubuh nampak lebih lebar dan kelihatan rendah.

Hal ini kerana kebanyakan seluar jenis bootcut bersifat ketat dan melekat pada tubuh serta terlalu kembang di bahagian hujung seluar.

Bagi ketinggian di bawah 155 cm, lebih sesuai menggayakan seluar dengan potongan classic cut atau straight cut.

Perlu sedikit longgar dan tidak melekat pada tubuh serta memilih warna yang gelap.

Di samping itu, wanita berbadan pear juga perlu elakkan:

  • Memakai seluar dengan potongan skinny atau legging yang ketat kerana ia akan membuatkan pinggang dan pinggul kelihatan lebih lebar.
  • Pakai seluar dengan fabrik yang licin, berkilat dan tidak bersesuaian dengan bentuk badan seperti satin.
  • Memilih seluar dengan warna yang cerah. Pemakaian warna cerah untuk wanita pear cenderung menjadikan bahagian bawah kelihatan lebih lebar daripada biasa.

Di bawah ini juga saya kongsikan kepada anda tip ringkas pilih pakaian sama ada baju atau seluar untuk wanita pear.

Tip Pilih Pakaian Untuk Wanita Berbadan Pear

Paras Badan Ke Bawah

  • Pilih Baju yang kecil pada bahagian pinggang.
  • Bukaan leher baju V dan U sangat sesuai untuk wanita berbadan pear.
  • Pakaian pada bahagian bahu dan dada boleh ditambah perincian.
  • Pelbagaikan warna bright dan pastel serta corak pada bahagian baju.

Paras Pinggul Ke Bawah

  • Memilih seluar yang berwarna gelap untuk ilusi yang lebih kecil.
  • Pilih fabrik polos (plain) dan kurang perincian.
  • Seluar potongan straight cut atau skirt dengan potongan A-line.
  • Elakkan pakai seluar yang ketat dan melekat pada kaki.

Jadi, untuk wanita yang berbadan pear, perlulah pilih seluar yang sesuai dengan bentuk badan dan potongan yang betul.

Selain seluar yang dinyatakan di atas, seluar jenis manakah yang anda selalu pakai? Kongsikan jawapan anda di ruangan komen.