Bukan mudah untuk mencari seluar yang sesuai dan membantu anda untuk kelihatan langsing. Ia memerlukan anda menjadi lebih teliti dalam pemilihan seluar yang ingin dipakai.

Seluar mempunyai pelbagai jenis dan banyak pilihan. Tetapi tidak semua jenis seluar yang ada itu selesa dan sesuai dipakai mengikut bentuk badan anda..

Ada banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum anda memilih atau membeli sesuatu seluar. Antaranya ialah:

  • Saiz
    • Pastikan anda memilih seluar dengan saiz yang betul bersesuaian dengan bentuk badan dan saiz pinggang.
    • Pilih saiz seluar yang tidak ketat dan tidak terlalu longgar untuk dipakai.
    • Jika tidak pasti saiz seluar anda, boleh ukur terlebih dahulu supaya  seluar yang dibeli itu sesuai dengan anda apabila dipakai
  • Labuh
    • Pilih labuh seluar yang bersesuaian dengan ketinggian anda.
    • Tidak digalakkan memilih seluar yang terlalu labuh hingga menutupi kasut. Hal ini kerana ia akan menyukarkan pergerakan dan risiko terjatuh akibat terpijak  seluar yang labuh itu.
  • Warna dan fabrik
    • Pemilihan warna dan fabrik seluar yang betul juga penting untuk anda.
    • Warna yang dipilih haruslah sesuai dipakai dalam apa jua situasi sama ada formal, semi formal atau kasual.
    • Sebaiknya pilih warna seluar dengan warna neutral supaya mudah untuk disuai padankan dengan warna pakaian.
    • Fabrik juga boleh pilih sama ada cotton, denim, jeans, slacks atau silk yang selesa untuk dipakai.
  • Situasi atau acara
    • Seluar yang sesuai untuk tampil elegan ialah seluar jenis wide-leg.
    • Seluar slacks pula sesuai untuk dipakai dalam acara formal atau kegunaan harian.
    • Manakala seluar straight leg pula sesuai untuk digunakan dalam situasi yang pelbagai.

Jenis-Jenis Seluar Yang Membantu Untuk Kelihatan Langsing

  1. High-waisted
  • Seluar high-waisted ialah seluar yang terletak di atas kawasan pinggang apabila dipakai.
  • Ada pelbagai potongan untuk jenis seluar ini seperti straight cut, wide-leg dan lain-lain. Anda boleh memilih seluar jenis ini mengikut potongan yang sesuai dengan bentuk badan.
  • Sebagai contoh, badan berbentuk pear sesuai memakai seluar dengan potongan sama ada straight cut, relaxed fit atau ikatan pinggang (waistline) yang sederhana.
  • Seluar jenis ini juga membantu kaki kelihatan lebih panjang dan langsing. Rekaan seluar ini adalah seperti berikut.

Sumber: Zara, H&M

  1. Wide-leg
  • Seluar jenis ini ialah seluar yang mempunyai potongan longgar dari bahagian pinggul ke bawah.
  • Seluar ini diperbuat daripada pelbagai  jenis material yang seperti denim, linen, cotton dan silk (sutera).
  • Juga mempunyai kelebaran kaki yang berbeza-beza daripada saiz sederhana lebar hingga sangat lebar.
  • Pemakaian seluar jenis ini membantu membuatkan anda kelihatan lebih langsing.
  • Sekiranya anda seorang yang rendah, lebar seluar yang dipilih haruslah tidak terlalu lebar. Hal ini kerana ia akan membuatkan anda kelihatan lebih rendah.

Sumber: Zalora

  1. Straight leg
  • Seluar potongan lurus ini membuatkan anda kelihatan lebih langsing kerana ia tidak ketat dan melekat pada kaki anda.
  • Hampir semua jenis bentuk badan sesuai memakai seluar jenis ini tetapi dengan saiz dan potongan yang berbeza.
  • Seluar jenis ini juga mudah untuk digayakan kerana ia sesuai dengan hampir semua jenis pakaian anda.
  • Juga sesuai digunakan dalam situasi sama ada formal, semi formal atau kasual.

Sumber: Lee Jeans

  1. Vertically lined
  • Seluar ini menggunakan corak garis menegak yang membantu untuk membuatkan kaki kelihatan lebih panjang dan langsing.
  • Semakin nipis garisan, semakin berkesan teknik ini.
  • Garis menegak yang nipis akan menjadikan anda kelihatan lebih kurus dan perhatian akan tertumpu pada ketinggian badan berbanding lebar.
  • Sesuai juga dipakai untuk anda yang rendah kerana ia membantu untuk mencipta ilusi tinggi.

Sumber: Zara

Walaupun jenis-jenis seluar di atas membantu untuk anda kelihatan langsing, tetapi anda perlu kenal pasti bentuk badan terlebih dahulu sebelum memiilih seluar yang ingin dipakai.

Tidak semua jenis seluar itu sesuai dengan bentuk badan dan ketinggian anda.

Antara jenis-jenis seluar di atas, yang mana satukah jenis seluar yang ada di dalam koleksi anda dan apakah sebab anda suka memakainya?

Kongsikan jawapan pada ruangan komen di bawah ini 👇🏻