Penampilan

Cara Menghilangkan “Mata Panda”

Cikpuan pernah mengalami atau mempunyai “Mata Panda”? Bagaimana bawah mata boleh menjadi hitam? Apakah sebab berlakunya “Mata Panda”?

Akibat jadual tidur yang tidak menentu dan mata yang asyik melihat skrin telefon dan komputer, bukan sesuatu yang luar biasa apabila ramai yang mempunyai “Mata Panda” pada zaman ini.

Saya juga begitu. Pernah pada suatu ketika lingkaran gelap pada bawah mata kelihatan agak ketara, lalu saya mencari dan mencuba petua untuk memulihkannya.

Kali ini saya kongsikan 3 petua yang menjadi amalan saya untuk memastikan kesan “Mata Panda” perlahan-lahan hilang dengan semulajadi. Petua ini juga bagus untuk pulihkan Eye Bag.

Selamat mencuba dan MESTI RAJIN ya cikpuan!

 

Pertama, petua ini petua paling saya gemari iaitu sejukkan sudu yang bersih di dalam peti ais selama 15minit , kemudian keluarkan sudu dan urut bahagian bawah mata dengan bawah sudu kerana saya boleh lakukannya walaupun ketika saya bekerja out-station. Sudu tersebut juga boleh direndam di dalam air sejuk jika tiada peti ais.

Petua ini juga akan merehatkan mata yang penat seharian. Sesuai dilakukan setelah kembali dari bekerja.

 

Kedua, rendam sekejap dua uncang teh ke dalam air sejuk. Keluarkan dan perah uncang sehingga baki air keluar dan letakkan uncang teh di atas mata selama 10 minit, kemudian bilas mata dengan air biasa.

Cara ini juga mudah dan saya akan gunakan uncang teh yang baru walaupun ada sesetengah orang mengatakan pakai uncang teh yang terpakai pun tidak mengapa.

Info tambahan, saya suka pakai uncang teh hijau kerana teh hijau ada elemen anti-penuaan.

 

Ketiga, kisarkan sebiji kentang (yang sudah dibunag kulit) dan sebiji tomato. Kisar kasar, jangan terlalu halus dan rendam bebola kapas ke dalam jus yang terhasil dan letakkan di kawasan bawah mata lalu biarkan selama 15 minit dan bilas.

Petua ini saya buat sebulan dua kali sahaja kerana perlukan sedikit penyediaan bahan. Untuk elak pembaziran, guna kentang dan tomato saiz kecil sahaja.

Selain bebola kapas (cotton ball), juga boleh pakai cotton pad yang berbentuk segi empat itu. Boleh beli di farmasi seperti Watson dan Guardian.

Cotton ball/cotton pad direndam dalam jus kisaran kentang dan tomato, kemudian tempel sahaja di kawasan bawah mata. Juga boleh digunakan ke seluruh wajah seperti face mask.

 

 

NOTA: Terima kasih kerana membaca dan jangan lupa kongsi dengan rakan-rakan cikpuan ! Saya amat menghargainya.

Artikel Terkini

Bagaimana Memilih Corak Bergaris Pada Pakaian

Garis pada pakaian merupakan elemen fesyen yang telah lama wujud dan kekal relevan sehingga ke… Teruskan Membaca

1 week lepas

Cara Yang Betul Pilih Beg Tangan

Pemilihan beg tangan bukan sahaja bergantung kepada cita rasa atau trend semasa, tetapi perlu disesuaikan… Teruskan Membaca

2 weeks lepas

Jenis – Jenis Gelang Tangan Wanita

Gelang tangan merupakan antara aksesori penting yang disarankan untuk dimiliki oleh setiap wanita sebagai pelengkap… Teruskan Membaca

1 month lepas

Tip Memakai Warna Putih

Warna putih merupakan pilihan yang mudah digayakan dan sesuai untuk dipakai. Dengan padanan fabrik yang… Teruskan Membaca

2 months lepas

Warna Pakaian Ke Temu Duga

Menghadiri temu duga merupakan satu situasi yang boleh dialami oleh sesiapa sahaja dan kebanyakan individu… Teruskan Membaca

2 months lepas