Setiap orang mmepunyai bentuk badan yang berbeza-beza. Oleh itu, mencari pakaian yang sesuai dengan bentuk badan anda adalah penting.

Sekiranya anda mempunyai bahagian perut yang buncit ataupun ada lekukan tertentu pada bahagian badan, anda perlu membeli pakaian dengan bijak.

Berikut adalah tip dan pakaian untuk digayakan supaya tampil lebih yakin dan dapat sembunyikan lemak berlebihan di bahagian perut.

Tip untuk sembunyikan lemak di perut

  1. Cari pakaian dalam yang bersesuaian
  • Bagi menyembunyikan bahagian lemak di kawasan perut anda, pakaian dalam yang dipakai memainkan peranan yang penting.
  • Anda mesti memilih pakaian dalam yang tidak terlalu longgar dan ketat.
  • Pilih pakaian dalam yang memberi keselesaan dengan saiz dan ukuran yang betul.
  1. Postur tubuh badan
  • Cara anda berdiri dan duduk juga memaikan peranan untuk sembunyikan lemak di bahagian perut.
  • Badan jangan terlalu bongkok apabila berdiri kerana ia akan menampakkan lagi lemak pada perut anda.
  • Walaupun ada yang tidak peduli tentang postur badan, tetapi ia penting kerana badan yang bongkok akan membuatkan lemak kelihatan lebih jelas.

  1. Pilih warna, corak dan fabrik yang sesuai
  • Untuk menyembunyikan bahagian lemak di perut anda, anda boleh fokus kepada tip seterusnya ini.
  • Setiap warna dan corak akan kelihatan berbeza di atas fabrik yang berlainan.
  • Bagi sembunyikan lemak di bahagian perut, anda dicadangkan supaya memilih warna gelap, fabrik yang flowy dan corak menegak.
  1. Gunakan teknik layering
  • Teknik layering adalah satu teknik yang membantu untuk sembunyikan bahagian tertentu dan alihkan fokus kepada tempat selain perut.
  • Sebagai contoh, boleh pakai baju dengan cardigan, jaket ataupun blazer untuk menyembunyikan bahagian tersebut.

  1. Pilih pakaian yang sesuai dengan bentuk badan
  • Perlu kenal pasti bentuk badan terlebih dahulu dan pakai pakaian yang bersesuaian.
  • Jangan pilih pakaian yang terlalu ketat kerana ia akan mendedahkan lagi bahagian perut dan lemak yang ingin disembunyikan itu.
  • Pilih pakaian dengan saiz yang bersesuaian dan dan selesa dipakai.

Cadangan Pakaian

  1. Baju ruffle atau peplum
  • Anda boleh pakai baju jenis ruffle atau peplum untuk sembunyikan lemak pada perut.
  • Baju yang mempunyai ruffle boleh mengalihkan perhatian mata daripada melihatan lekukan atau lemak pada bahagian perut tersebut.

  1. Baju bercorak garis lurus ke bawah
  • Pakaian yang mempunyai corak bergaris lurus ke bawah ini boleh mencipta ilusi ketinggian.
  • Selain itu, ia juga boleh sembunyikan lemak pada perut.
  • Hal ini kerana ia beri kesan kurus dan mata orang lain tidak tertumpu pada bahagian perut tersebut.

  1. Pleated skirt dan baju kosong
  • Pilihan pakaian lain untuk anda adalah dengan memakai baju kosong bersama A-line pleated skirt.
  • Pemakaian skirt ini membantu anda untuk sembunyikan bahagian yang tidak sepatutnya dilihat oleh orang lain.

  1. Baju atau dress berwarna gelap
  • Pemakaian baju atau dress yang berwarna gelap sememangnya membantu anda untuk kelihatan kurus.
  • Di samping itu, bahagian perut anda juga dapat diselindungkan dengan baik. Contohnya, seperti warna hitam, navy blue, dark green dan lain-lain.

  1. Baju oversized
  • Anda boleh gunakan baju oversized sekurang-kurangnya satu saiz lebih besar daripada saiz biasa untuk digabungkan dengan seluar yang bersesuaian.
  • Di samping itu, boleh juga pakai tali pinggang di bahagian atas untuk sembunyikan lemak di perut anda.

Semoga tip dan cadangan pakaian yang diberikan dapat membantu anda sembunyikan bahagian lemak di perut untuk tampil yakin dalam bergaya.

Boleh juga kongsikan di ruangan komen sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkenaan topik ini ataupun topik lain