Kategori: Penampilan

Celebrity Effect

 

Celebrity Effect adalah keadaan di mana apa sahaja yang dibuat, digayakan, diucapkan dan disokong (endorse) oleh selebriti menjadi ikutan atau mempengaruhi tindakan dan pemikiran orang umum.

Dalam bidang imej dan fesyen, Celebrity Effect paling kerap berlaku. Contohnya, tudung yang dipakai oleh selebriti A kelihatan amat cantik dan menjadi ikutan ramai (trend).

Walaupun hakikatnya ada pengikut (fan/follower) yang mempunyai bentuk muka yang berbeza dengan selebriti A tidak sesuai memakai tudung dan gaya tudung tersebut, ianya tetap “kelihatan” cantik di mata ramai orang dan si pemakai.

Contoh lain, tudung yang dipakai oleh selebriti A sebenarnya tidak sesuai dengan bentuk muka selebriti A. Tetapi kerana dia adalah seorang selebriti pujaan ramai, ianya kelihatan kena dan cantik.

Salah satu tugas sukar untuk perunding imej seperti saya ialah meminimumkan kesan Celebrity Effect pada klien dan peserta program saya.

Perunding imej perlu mendidik klien dan peserta program dengan #IlmuImej yang betul dan terancang.

#PuanMary #GuruImej

Share

Artikel Terkini

Cara Memilih Blouse Untuk Ke Tempat Kerja

Blouse merupakan salah satu pilihan pakaian yang sering digayakan untuk ke tempat kerja, sama ada… Teruskan Membaca

1 month lepas

Cara Yang Betul Pilih Beg Tangan

Pemilihan beg tangan bukan sahaja bergantung kepada cita rasa atau trend semasa, tetapi perlu disesuaikan… Teruskan Membaca

1 month lepas

Tip Memakai Warna Merah

Warna merah sering dikaitkan dengan sifat terang, cerah dan mampu menarik perhatian. Dengan pemilihan tona… Teruskan Membaca

2 months lepas

Cara Penjagaan Kasut

Penjagaan kasut yang jarang dipakai atau hanya digunakan pada waktu-waktu tertentu sering kali diabaikan, namun… Teruskan Membaca

3 months lepas

Tip Pilih Pakaian Untuk Wanita Rendah

Wanita yang berbadan rendah sering menghadapi cabaran dalam memilih pakaian yang sesuai agar kelihatan lebih… Teruskan Membaca

4 months lepas