
Saya akan berkongsi video berkaitan ilmu imej khususnya topik mengenai penjagaan diri, penjagaan kulit dan lain-lain SETIAP HARI untuk rujukan membantu puan dan cikpuan menjadi glowwe.
Cikpuan tidak perlu lagi menunggu hari Jumaat untuk menonton LIVE Puan Mary. Hari-hari saya akan menjelma di hadapan mata cikpuan apabila cikpuan menonton video mengenai penjagaan diri, penjagaan kulit, penjagaan wajah, dan lainnya di channel youtube glowwe.
Apa itu glowwe?? Glowwe adalah nama projek yang saya dan pasukan saya lancarkan awal oktober ini.
glowwe – We Glow Together!
Bagaimana mahu pastikan cikpuan dapat menonton video glowwe setiap hari? Pastikan cikpuan terus ke YouTube Channel “glowwe” dan langgan (subscribe) agar tidak ketinggalan.
Cikpuan juga boleh menonton video video tadi di website puanmary.com dan juga puanmary.tv atau klik disini > Kumpulan Tip Penjagaan Kulit glowwe
Jangan lupa tinggalkan juga komen dan pandangan cikpuan mengenai video-video glowwe.
Topik apa yang paling cikpuan nantikan untuk kami kongsikan di glowwe?
Hai umur sy baru mencecah 15 tahun tapi eyebag saya tebal sangat” dah macam panda .. saya dah buat mcm” cara alamii tapi tidak berkesan. Mohon kongsi kan apa lagi yg saya perlu utk pulih kan mata panda 🥺
dark circle boleh jadi atas faktor lifestyle seperti waktu tidur yang tidak tetap dan juga boleh jadi atas faktor genetik. Jika kerana faktor yang pertama itu tadi, ia boleh dikurangkan dengan tidur yang cukup dan memakai produk eyecream. Tetapi jika atas faktor genetik. Ia memang tidak boleh diubah.
Eyecream yang perlu cikpuan cari adalah yang bersifat:
-Brightening
-Repair
-Hydrating