Ramai di antara cikpuan yang bertanya apakah pencuci muka terbaik untuk kulit berminyak? Apakah produk pencuci muka untuk kulit berminyak yang boleh didapati di Watson, Guardian, Hermo atau drugstore lain?

Sebenarnya, saya mensasarkan untuk berkongsi video berkaitan #ilmuimej sebanyak 1 video setiap hari mulai tahun 2020. Tetapi sasaran yang saya letakkan berlaku lebih awal pula.

Dan saya tidak mahu menunggu sehingga tahun 2020 untuk melakukannya kerana saya tahu cikpuan semua perlu dapatkan ilmu imej begini segera.

I know you just can’t wait! Your skin can’t wait!😁😉

Hari ini, saya lancarkan projek baru saya dan pasukan saya yang dinamakan glowwe dengan slogan “We Glow Together!”

Saya akan berkongsi video berkaitan ilmu imej khususnya topik penjagaan kulit, penjagaan diri dan lain-lain SETIAP HARI untuk rujukan cikpuan semua. Ya, 1 hari, 1 video.

Untuk video pertama, saya membuat review tentang pencuci muka terbaik untuk kulit berminyak.

Apabila saya mengatakan bahawa saya mempunyai kulit wajah berminyak, ramai yang terkejut dan bertanya, “Betul ke? Tak nampak macam berminyak pun? Apa yang puan pakai pada muka?

Ada juga yang terus bertanya produk penjagaan wajah yang saya pakai.

Soalan begini mendorong saya untuk membuat review produk yang saya pernah pakai. Mahu tahu review dari saya? Tonton sekarang!

 

💖Produk di dalam video:

➡️ Neogen Dermalogy Real Fresh Foam: Cereal

Boleh didapati di » http://bit.ly/2o4QfX3

➡️ Cosrx Salicylic Acid Daily Gentle Cleanser

Boleh didapati di » https://t.productlink.io/a138j7

➡️ Senka Perfect Whip Fresh (Anti-Shine)

Boleh didapati di » https://t.productlink.io/a138j6

 

Selain pencuci muka untuk kulit berminyak, saya juga akan membuat review pencuci muka untuk kulit berjerawat, kulit kuring, kulit normal, dan kulit kombinasi. Nantikan video seterusnya di sini > Produk Pencuci Muka untuk kulit berminya part 2 atau di channel Youtube Glowwe.