Betulkah penggayaan tudung mempunyai kaitan dengan bentuk muka?
Jika ya, apakah gaya yang sesuai dengan bentuk muka?
Bagaimana pula untuk mengenal pasti bentuk muka sendiri?

Jadi, dalam artikel kali ini akan menjawab segala persoalan di atas.

Secara umumnya terdapat 4 jenis bentuk muka. Jadi dengan ciri-ciri yang akan diberikan nanti, anda boleh mengenal pasti yang mana satukah bentuk muka anda dan gaya yang sesuai digayakan.

Jenis-jenis bentuk muka

1. Wajah berbentuk bujur (oval)
a. Wajah berbentuk begini sering dikaitkan dengan wajah idaman setiap wanita.
b. Tinggi wajah adalah lebih berbanding lebarnya.
c. Mempunyai dagu berbentuk runcing
d. Bentuk wajah yang ideal
Wajah berbentuk bujur mempunyai kelebihan untuk memakai pelbagai gaya tudung kerana bentuk mukanya adalah ideal

Tip penggayaan wajah bujur:
– Boleh menggayakan hampir semua jenis gaya
Bonus tip:
– Hasil akhir penggayaan tudung adalah untuk menjadikan wajah kelihatan bujur.

2. Wajah berbentuk bulat (round)
a. Tinggi wajah dan lebar wajah adalah sama atau hampir sama.
b. Kebiasaannya wajah seperti ini mempunyai pipi yang kelihatan bulat dan penuh.
c. Tidak mempunyai dagu yang tajam serta dagunya berbentuk bulat.
d. Dahinya tidak terlalu tinggi, ia kelihatan normal dan bulat.

Tip penggayaan wajah bulat:
– Tinggikan pada bahagian atas wajah (gayakan tudung dengan menambahkan ketinggian muka)
– Selindungkan sedikit pada bahagian pipi dengan tudung yang dipakai.

3. Wajah berbentuk hati (heart)
a. Hujung dagunya berbentuk runcing (seakan-akan berbentuk v)
b. Mempunyai dahi yang lebar

Tip penggayaan wajah hati:
– Jangan sorokkan bahagian dagu.
(Dagu yang runcing merupakan kelebihan utama bagi wajah yang berbentuk hati. Jadikan ia sebagai fokus utama anda)
– Untuk seimbangkan dagu yang runcing, runcingkan juga tudung di bahagian atas dahi.
– Selindungkan sedikit pada kawasan di tepi dahi. Melalui cara ini ia akan membuatkan wajah anda kelihatan bujur dengan kelebihan dagu
yang runcing.

4. Wajah bersegi (square)
a. Mempunyai rahang yang tajam atau bersegi.
b. Wanita yang mempunyai wajah sebegini, kebiasaannya ada wajah yang maskulin. (wajah bersegi yang kelihatan maskulin ini perlu
ditambahkan elemen feminin pada penggayaan tudung)

Tip penggayaan tudung wajah bersegi:
– Memilih tudung yang beralun (flowy/wavy)
– Pilih fabrik tudung yang lembut
– Pilih warna tudung yang lembut
– Elakkan memakai tudung yang mempunyai awning berbentuk tajam
-Elakkan juga memakai tudung yang melekat pada muka. Berikan loose corner pada bahagian atas muka.
(less masculine, more feminine)
– Boleh memilih corak yang berbunga untuk mengurangkan maskulin pada wajah.

Mengenal bentuk muka adalah penting kerana ia bukan sahaja membantu untuk memilih gaya tudung, malahan apa-apa sahaja elemen pemakaian berdekatan muka seperti memilih cermin mata, kolar (untuk lelaki). Semua ini membantu dan dipengaruhi oleh bentuk muka. Di samping itu, gaya rambut juga mempunyai kaitan dengan bentuk muka.

Kongsikan juga artikel ini kepada yang lain supaya sama-sama mendapat manfaat.