Warna tudung ini bukanlah satu perkara yang dipandang ringan oleh golongan wanita. Hal ini kerana, warna tudung sangat memainkan peranan dalam sesebuah penampilan.

Apabila disebut tentang tudung, selain daripada tuntutan memakai tudung, satu perkara yang diutamakan adalah gaya tudung ataupun pemilihan warna tudung itu sendiri.

Warna tudung ini memainkan peranan yang sangat besar kepada wanita kerana wanita memakai tudung sertiap hari dan tudung ini akan mengelilingi wajah anda.

Apabila ia mengelilingi wajah dan terletak pada bahagian tubuh yang paling tinggi ataupun paling atas ia adalah satu perkara yang dipanggil focal point.

Apakah itu focal point?

Focal point ini adalah berkaitan dengan tumpuan. Kebiasaannya, anda akan melihat focal point terlebih dahulu apabila anda bercakap dengan seseorang.

Sebagai contoh, anda sedang bercakap dengan seorang wanita atau perempuan bertudung, kawasan yang anda akan lihat terlebih dahulu adalah di bahagian atas. Itulah yang dinamakan sebagai focal point.

Focal point ini juga memainkan peranan untuk membantu sama ada seseorang yang anda berurusan itu dapat menerima mesej yang disampaikan ataupun tidak dan ia juga dapat mencerminkan personaliti diri anda. 

Oleh itu, pemilihan warna tudung sangat penting untuk wanita. You want to send the right message, to the right people in the right situation.

Jika anda membuat carian di google ataupun YouTube tentang tutorial ataupun cara menggayakan tudung, anda akan jumpa dan lihat ratusan tutorial tudung dengan gaya yang pelbagai.

Disebabkan wujudnya gaya tudung yang pelbagai seperti cara lipatan, cara lengkungan, cara pin, cara tudung itu diikat dan sebagainya. Gaya tudung juga ada gaya yang mudah (simple) dan agak rumit sedikit (complicated). Jadi, anda akan mendapati bahawa setiap kali penggayaan itu berlaku, warna tertentu juga akan memberi impak kepada penggayaan tersebut.

Oleh itu, jika anda mencari sesuatu gaya, anda perlu accompany the style with colour. Ini adalah sebabnya memilih warna tudung yang betul itu adalah efektif. Kadang-kadang, ada sesetengah tudung dengan warna yang tertentu ia tidak kelihatan menonjol dan kadang-kadang ada tudung yang kelihatan menonjol.

Warna tudung yang betul juga sangat penting kerana ia akan menjimatkan perbelanjaan. Hal ini kerana, apabila anda memilih warna tudung, anda akan padankan ia dengan pakaian bukan?

Jadi, pemilihan warna yang betul, sesuai dengan wajah dan pakaian yang terdapat di dalam koleksi ataupun almari anda, ia akan membantu anda untuk tidak berbelanja secara berlebihan.

Di samping itu, ada juga sesetengah wanita yang tidak berapa tahu ataupun tidak mempunyai ilmu tentang cara memilih warna tudung untuk muka dan pakaian yang sedia ada, mereka akan terus membeli jika terdapat design baru, cantik, warna terkini dan itu sebenarnya boleh menyebabkan pembaziran. Oleh itu, mempelajari tentang warna adalah sangat penting untuk mengelakkan berlakunya pembaziran.

Jika anda ada tersalah membeli tudung dan ia masih ada di dalam almari, anda boleh buat give away, sedekah, ataupun recycle kerana anda sudah tahu yang warna itu sememangnya tidak sesuai dengan muka anda dan tidak sesuai dengan koleksi yang anda ada. Belajar mengenai warna tudung ini adalah sangat-sangat membantu anda untuk berjimat dalam berbelanja.

Boleh membuat sedakah atau recyle tudung di mana-mana kawasan yang berhampiran dengan anda

Manfaat memilih warna tudung yang betul juga adalah ia mudah disuai padan dan membantu memberikan ilusi ketinggian.

Apabila melihat warna pada tudung, ia sebenarnya berkesinambung dengan warna pakaian anda. Jika anda memilih warna pakaian dengan betul untuk ketinggian yang betul, ia membantu anda untuk memberikan ilusi ketinggian.

Tetapi, jika anda memilih warna yang tidak betul, anda mungkin akan kelihatan lebih rendah. Begitu juga dengan individu yang tinggi, ia membantu memberikan ilusi ketinggian mengikut apa yang dimahukan dengan memilih warna tudung yang betul.

Seterusnya, warna tudung juga membantu menaikkan seri wajah terutamanya untuk mereka yang tidak memakai solekan yang banyak ataupun hanya memakai solekan yang minimal sahaja. Warna tudung yang betul untuk kulit dan keserian wajah anda itu adalah sangat penting.

Mempelajari warna yang sesuai dengan tona kulit, situasi tempat kerja, keadaan di mana anda berada itu sangat penting untuk membantu anda kelihatan lebih presentable, lebih berseri, lebih segar dan tidak kelihatan kusam.

Tidak ada wanita yang tidak ingin kelihatan berseri. Jika anda memakai solekan yang sedikit ataupun secara asas sekalipun, ia tidak menjadi masalah. Memakai tudung dengan memilih warna yang betul adalah sangat membantu.

Anda boleh kongsikan juga di ruangan komen, tudung warna apakah yang paling suka dipakai.

Diharapkan dengan perkongsian ini, anda dapat belajar sesuatu yang bermanfaat.