Dalam hidup ini, anda tidak akan terlepas daripada perkara-perkara yang boleh membuatkan anda sedih, bahagia, kecewa, diuji dengan pelbagai perkara dan sebagainya.

Untuk mencapai kebahagiaan dalam hidup, perkara dan sikap negatif mestilah dibuang jauh-jauh.

Anda tidak sepatutnya berasa cemburu atau iri hati di atas kejaayan atau pencapaian yang dimiliki oleh orang lain.

Sebaliknya, apa yang anda perlu lakukan ialah menjadikan pencapaian yang dikecapi orang lain itu sebagai titik permulaan untuk anda berjaya.

Anda seharusnya mengelakkan sikap-sikap yang boleh menghalang diri anda untuk berasa bahagia. Sikap yang perlu anda elakkan adalah:

  1. Melakukan perbandingan
  • Perbandingan adalah sikap yang boleh menghalang anda untuk hidup bahagia.
  • Apabila anda mula membanding-bandingkan diri dengan orang lain, anda akan berasa tidak cukup dengan apa yang anda miliki.
  • Sikap perbandingan ini bukanlah satu perkara baik yang perlu dipupuk, tetapi perlu dijauh dan dielakkan.
  • Sikap membanding-bandingkan ini akan membuatkan anda berasa tidak bahagia dengan kehidupan yang dijalani dan sering kali mempertikaikan apa yang telah diperoleh sebelum ini.
  • Jangan biarkan sikap ini menjadi punca anda tidak berasa bahagia.
  • Buang jauh-jauh fikiran yang negatif dan elak melakukan perbandingan dalam hidup anda untuk mencapai kebahagian.

Melakukan perbandingan diri dengan orang lain akan membuatkan anda tidak bahagia. (Sumber gambar: freepik.com)

  1. Fikiran yang negatif
  • Apa sahaja tindakan ataupun perbuatan yang anda lakukan semuanya bermula daripada cara berfikir. Begitu besar pengaruh fikiran terhadap kehidupan anda.
  • Fikiran yang positif akan membawa kepada kesan yang baik. Manakala, fikiran yang negatif pula akan mendorong anda untuk membuat keputusan ataupun melakukan perkara yang tidak baik.
  • Kebahagiaan yang anda inginkan adalah berpunca daripada cara anda berfikir.
  • Jika anda sering berfikir negatif dan tidak mahu mengubah ke arah yang lebih positif, hidup anda akan berasa tidak bermakna dan tidak berguna.
  • Oleh itu, sentiasa berfikiran positif supaya anda boleh mencapai kebahagian yang diinginkan.
  • Kebahagiaan tidak boleh dinilai dengan harta dan kekayaan semata-mata, tetapi ada banyak lagi perkara yang anda boleh lakukan untuk kekal bahagia dengan cara tersendiri.

Ubah fikiran ke arah yang lebih positif untuk mencapai kebahagaiaan (Sumber gambar: freepik.com)

  1. Inginkan kesempurnaan
  • Sikap yang terlalu inginkan kesempurnaan ini adalah salah satu sikap yang tidak sepatutnya anda amalkan.
  • Anda perlu ingat bahawa tiada satu pun di dalam dunia ini yang sempurna. Walaupun anda sudah cuba sehabis baik untuk tidak melakukan kesilapan, tetapi sebagai manusia biasa, anda tidak akan lari dari melakukan kesilapan tersebut.
  • Individu yang inginkan kesempurnaan dalam kehidupannya tidak akan berasa puas dan sukar untuk membahagiakan dirinya sendiri.
  • Sikap ini perlu dijauh dan dielakkan supaya anda boleh capai kebahagiaan dengan cara yang tersendiri.
  • Boleh lakukan sekecil-kecil perkara hingga ke perkara yang besar untuk anda merasai nikmat kebahagiaan yang sebenar bagi diri sendiri.

Sikap inginkan kesempurnaan ini akan menjadi penghalang untuk anda hidup bahagia (Sumber gambar: yandex.com)

  1. Tidak memaafkan diri sendiri
  • Punca dan sikap yang membuatkan anda tidak bahagia dalam hidup ialah anda sukar untuk memaafkan diri sendiri.
  • Perkara ini mungkin nampak remeh, tetapi ia beri impak yang besar dalam kehidupan anda.
  • Sebagai contoh, anda sering salahkan diri sendiri atas kesilapan yang anda telah lakukan.
  • Apabila anda tidak berusaha untuk maafkan kesilapan yang telah dilakukan itu dan sering berfikir akan kesalahan yang sama berulang kali, anda akan susah untuk tenang dan kebahagiaan tidak dapat dicapai.
  • Anda mestilah memaafkan diri sendiri supaya hidup lebih tenang dan dapat lupakan perkara lalu untuk mencapai kebahagiaan.

Memaafkan diri sendiri adalah perkara yang perlu dilakukan supaya hati menjadi tenang dan tenteram (Sumber gambar: yandex.com)

Anda mestilah mengelakkan sikap yang dinyatakan di atas untuk kekal bahagia. Jangan jadikan sikap yang tidak baik itu sebagai penghalang untuk anda bahagia.

Lakukan perkara yang boleh membuatkan anda bahagia dengan cara yang tersendiri kerana setiap orang mempunyai cara masing-masing untuk hidup bahagia, harmoni, tenteram dan aman.

Walaupun gaya dan cara masing-masing berbeza, tetapi tujuannya tetap sama iaitu ingin mencapai kebahagiaan dalam hidup.