Wanita sememangnya sukakan benda-benda yang cantik untuk dipandang dan lihat seperti aksesori.

Aksesori atau perhiasan ini dipakai oleh wanita untuk menjadikan dirinya lebih yakin dalam satu-satu penampilan.

Selain itu, aksesori ini sememangnya sudah tidak asing lagi dengan wanita. Pastinya anda mempunyai pelbagai jenis aksesori di dalam laci almari anda bukan?

Dalam artikel kali akan dibincangkan tentang 5 jenis aksesori yang wanita perlu ada. Antaranya ialah:

Rantai

  • Pemilihan rantai ini bergantung kepada cita rasa masing-masing sama ada ingin membeli rantai emas, mutiara, silver, emas putih dan sebagainya.
  • Ada wanita yang sukakan rekaan rantai yang ringkas untuk dirinya. Ada juga yang sukakan rekaan rantai yang lebih eksklusif apabila dipakai.
  • Sebagai wanita, anda mesti mempunyai sekurang-kurangnya seutas rantai yang menjadi pilihan untuk disesuaikan dalam pelbagai situasi.
  • Apabila bercakap tentang perhiasaan atau akesori wanita ini, rantai leher paling mudah untuk dipilih kerana ia mempunyai pelbagai jenis pilihan yang berada di pasaran ketika ini.
  • Selain itu, anda perlulah memilih rantai dengan corak dan gaya yang sesuai berdasarkan personaliti diri anda.

Sumber gambar: freepik.com

Cincin

  • Tidak dapat disangkal lagi bahawa wanita mesti mempunyai sekurang-kurangnya satu jenis cincin di dalam koleksi barang perhiasan mereka.
  • Tanpa mengira status sama ada anda wanita bujang ataupun sudah berkahwin, cincin sememangnya menjadi pilihan utama dalam pemilihan aksesori.
  • Terdapat pelbagai jenis rekaan cincin dengan perhiasan seperti batu permata, kristal dan lain-lain.
  • Anda boleh mempunyai dua atau lebih cincin yang minimalis untuk dipakai setiap hari, acara khas tertentu dan sebagainya.
  • Cincin juga mempunyai pelbagai reka bentuk dan warna. Ada yang berwarna silver, gold dan rose gold.
  • Pemilihan cincin yang ingin dipakai juga bergantung kepada minat dan kecenderungan masing-masing.

Sumber gambar: freepik.com

Jam tangan

  • Selain rantai dan cincin, jam tangan juga antara aksesori yang perlu ada pada wanita dalam satu-satu penampilan.
  • Jam tangan bukanlah sekadar perhiasan yang dipakai pada pergelangan tangan kiri ataupun tangan kanan, tetapi jam ini mempunyai fungsi utama iaitu untuk melihat waktu.
  • Terdapat beberapa jenis jam tangan yang boleh dipilih seperti jam tangan analog, jam tangan digital, jam untuk bersukan dan yang paling canggih ketika ini adalah jam pintar (smart watch) yang mempunyai pelbagai fungsi.
  • Walaupun ketika ini sudah ada telefon pintar untuk melihat waktu, namun pemakaian jam masih relevan dan sesuai untuk digunakan.
  • Pemilihan jam ini boleh dilakukan mengikut personaliti diri dan kesesuaian tangan anda.
  • Cara pemilihan jam tangan mestilah mengikut saiz yang betul.
  • Untuk ketahui dengan lebih lanjut cara pemilihan jam tangan, boleh tonton video di bawah ini:

Beg Tangan

  • Beg tangan ini antara aksesori yang wajib dimiliki oleh setiap wanita. Beg tangan memainkan peranan penting bukan sahaja untuk simpan dompet, telefon bimbit, alat mekap, powerbank dan lain-lain.
  • Untuk memiliki beg tangan, tidak semestinya perlu membeli beg tangan yang berjenama dan mahal harganya.
  • Anda boleh memilih beg tangan yang bersesuaian dengan minat, personaliti dan gaya yang ingin ditampilkan.
  • Pemilihan beg tangan yang sesuai juga membantu anda untuk tampil lebih yakin dalam setiap penampilan.
  • Pilih saiz, warna dan corak yang betul untuk disesuaikan dengan acara, majlis atau majlis tertentu.
  • Tonton video di bawah untuk mengetahui teknik pemilihan beg tangan yang betul:

 

Gelang Tangan

  • Gelang tangan adalah aksesori yang cantik apabila dipakai pada pergelangan tangan sama ada kanan ataupun kiri.
  • Setiap wanita mempunyai cita rasa berbeza tentang pemilihan gelang tangan. Ada yang suka rekaan yang berbentuk bunga, gelang emas, gelang silver, gelang mutiara dan lain-lain.
  • Gelang tangan ini biasanya dipilih berdasarkan minat dan kecenderungan masing-masing.
  • Untuk pemilihan aksesori ini, anda disarankan memilih saiz yang betul dan terletak elok pada pergelangan tangan.

Sumber gambar: freepik.com

Sebagai penutup, anda boleh memilih aksesori berdasarkan kecenderungan, minat dan personaliti diri anda.

Jika anda seorang yang tidak suka memakai banyak aksesori dalam satu tempoh masa yang sama, maka anda perlu simpan aksesori tersebut di tempat yang betul, selamat dan tertutup.

Antara 5 jenis aksesori yang dinyatakan di atas, yang mana satukah anda selalu gunakan? Berikan sebab anda memilih aksesori tersebut pada ruangan komen di bawah.