Sudah pasti anda mempunyai seluar kegemaran yang selesai dipakai berulang kali selagi mana ia tidak rosak, koyak serta lusuh.

Terdapat pelbagai jenis seluar yang boleh dipilih untuk digayakan dalam kehidupan seharian anda.

Kebiasaannya seluar dipakai mengikut keperluan yang berbeza-beza bergantung kepada situasi yang ingin dihadiri seperti ke tempat kerja, mesyuarat atau dalam situasi yang kasual.

Tidak dinafikan bahawa wanita mempunyai lebih daripada satu jenis seluar kerana mudah untuk dipilih dan disuai padankan mengikut situasi tertentu.

Oleh itu, apakah jenis-jenis seluar yang popular dalam kalangan wanita? Pastikan anda baca artikel kali ini sampai habis untuk ketahui jawapannya.

Seluar Potongan Lurus / Straight Cut

  • Seluar ini mempunyai potongan yang ringkas dan lurus ke bawah.
  • Wanita yang tidak suka jenis potongan skinny akan memilih seluar jenis ini.
  • Ia sesuai digunakan dalam situasi formal dan kasual.
  • Seluar slack kebiasaannya mempunyai potongan lurus dan sesuai digunakan untuk dipakai ke tempat kerja ataupun situasi kasual yang lain.
  • Ada juga seluar jeans yang mempunyai potongan lurus dan sesuai untuk digayakan dalam situasi yang kasual.

Sumber gambar: Zalora

Seluar Potongan Skinny

  • Seluar jenis ini juga mempunyai peminatnya yang tersendiri.
  • Potongan seluar ini kecil di bahagian bawah dan boleh digayakan dengan baju atau blouse yang labuh melebihi paras lutut.
  • Bagi wanita yang mempunyai bentuk badan jenis pear atau apple tidak sesuai untuk memakai seluar potongan skinny ini kerana ia akan menampakkan bahagian yang mahu diselindungkan.
  • Potongan skinny ini biasa dilihat pada seluar jenis jeans.

Sumber gambar: forestclothing.com

Seluar Bootcut

  • Seluar bootcut ini sememangnya menjadi trend dan semakin popular dalam kalangan wanita.
  • Kebanyakan seluar jenis ini menggunakan fabrik jenis jeans.
  • Tetapi ada juga potongan seluar palazo menggunkan cutting bootcut ini dengan material kain yang berbeza.
  • Seluar ini mempunyai potongan yang mengikut bentuk kaki sehingga ke bahagian peha dan kembang di bahagian lutut ke bawah.

Sumber gambar: Lazada

Seluar Palazo

  • Seluar jenis ini adalah seluar wanita yang longgar, lebar dan kembang di bahagian bawah serta popular dalam kalangan wanita muslimah terutamanya.
  • Selain itu, seluar ini juga longgar, tidak tembus cahaya dan sesuai untuk dipakai dalam cuaca yang panas.
  • Seluar palazo ini mudah untuk didapati di kedai-kedai pakaian ataupun boleh dibeli secara atas talian.
  • Ramai wanita suka memakai seluar palazo ini terutamanya ketika melakukan aktiviti yang santai dan tidak panas apabila dipakai dalam tempoh masa yang lama.
  • Material seluar palazo berbeza dengan seluar jeans. Ia lebih ringan dan breathable.

Sumber gambar: Lazada

Culotte pants

  • Culotte pants ini pula adalah seluar yang longgar dan rekaan dan bentuk seakan-akan skirt apabila dipakai.
  • Lebar potongan seluar ini adalah seperti seluar palazo. Namun jangan keliru kerana lebar seluar ini lebih besar berbanding palazo.
  • Sesuai digayakan dalam acara kasual dan santai dengan pilihan warna yang pelbagai seperti warna hitam, beige, putih, biru dan sebagainya.
  • Kebiasaannya wanita yang memakai seluar jenis ini memadankannya dengan t-shirt berlengan panjang yang kosong tanpa corak ataupun blouse yang bersesuaian.

Sumber gambar: Zalora

Tailored pants

  • Seluar ini adalah seluar yang dijahit khas mengikut saiz kaki seseorang individu.
  • Kebiasaannya, seluar jenis ini ditempah khas untuk wanita yang mempunyai masalah mencari saiz dan potongan seluar yang betul-betul sesuai dengan dirinya.
  • Anda boleh membeli kain untuk dibuat seluar dan membuat tempahan dengan tukang jahit mengikut saiz kaki anda.
  • Pilihan lain pula adalah dengan membeli seluar yang sudah sedia ada di pasaran tetapi alter mengikut saiz dan ukuran yang anda inginkan.

Sumber gambar: Carousell

Selain daripada seluar yang dinyatakan di atas, ada pelbagai lagi jenis seluar yang lain. Namun, seluar yang disenaraikan di atas adalah seluar yang popular dalam kalangan wanita sekarang ini.

Di samping itu, wanita juga disarankan untuk memilih seluar yang sesuai dengan bentuk badan supaya selesa dan kemas apabila dipakai dalam satu-satu penampilan.

Antara seluar yang dinyatakan di atas, yang mana satu anda suka pakai dan menjadi pilihan utama? Kongsikan jawapan anda pada ruangan komen di bawah.