Anda peminat shawl? Semestinya anda mempunyai jenis fabrik yang diminati dan suka pakai bukan?

Sebelum ini ada artikel khas yang dibuat mengenai fabrik yang sesuai untuk tudung bawal. Tetapi kali ini akan dikongsikan pula kepada anda tentang fabrik yang sesuai untuk shawl.

Tidak semua fabrik tudung itu sesuai untuk dijadikan shawl.

Ingin tahu tentang fabrik dan ciri-ciri yang sesuai untuk shawl? Pastikan anda teruskan membaca untuk ketahui jawapannya.

  1. Chiffon 
  • Penggunaan material atau fabrik jenis chiffon ini sudah tidak asing lagi dengan tudung jenis shawl.
  • Kebanyakan shawl menggunakan fabrik chiffon crepe ini kerana ia mudah dibentuk.
  • Fabrik jenis chiffon crepe ini sering menjadi pilihan pecinta shawl kerana ia ringan, boleh digayakan dengan pelbagai cara serta tidak mudah berkedut.
  • Selain jenis chiffon crepe, ada juga material lain seperti heavy chiffon yang selalu juga digunakan dan menjadi pilihan buat peminat shawl.
  • Penggunaan pin atau jarum peniti diperlukan supaya shawl menjadi lebih kemas apabila dipakai dengan gaya tertentu.

Sumber gambar: Carousell

  1. Pearl satin
  • Fabrik jenis ini juga antara fabrik yang popular dijadikan shawl kerana tidak tebal, tidak nipis dan sejuk.
  • Ramai wanita yang memakai shawl gemar mengenakan jenis fabrik ini kerana ia kelihatan ekslusif dan cantik apabila dipakai.
  • Sesuai digayakan dengan pelbagai situasi dan acara tertentu.
  • Perlu kemaskan shawl menggunakan pin dan jarum peniti supaya ia terletak elok pada muka.

Sumber gambar: Zalora

  1. Satin crepe
  • Fabrik yang sesuai untuk shawl kerana ia melekap dan terletak elok pada muka.
  • Ia juga ringan dan mudah dibentuk dengan pelbagai gaya.
  • Terdapat pelbagai pilihan warna yang boleh dipilih berdasarkan minat anda.
  • Sesuai juga digayakan dalam situasi yang kasual dan santai.
  • Fabrik ini mudah didadapti dan mempunyai warna yang pelbagai untuk dipilih.

Sumber gambar: alibaba.com

  1. Cotton
  • Fabrik jenis cotton ini bukan sahaja sesuai untuk tudung bawal, tetapi kini ia sudah digunakan sebagai salah satu material untuk shawl.
  • Ciri-cirinya ringan, nipis dan mudah dibentuk.
  • Terdapat pelbagai rekaan shawl cotton ini. Ada yang berbucu bulat, instant shawl, ada juga gabungan bawal shawl dengan menggunakan fabrik cotton.
  • Disebabkan jenis fabrik cotton ini mempunyai peminatnya yang tersendiri, pengeluar dan penjual tudung mengeluarkan rekaan shawl yang menepati kehendak pembeli.
  • Tetapi, material jenis cotton ini perlu dikemaskan dengan betul ketika memakainya kerana ia mudah berkedut berbanding jenis fabrik chiffon.

Sumber gambar: Top Hijab

Setiap orang mempunyai kecenderungan, jenis tudung serta fabrik tudung yang berbeza-beza.

Oleh itu, pilihlah jenis fabrik yang tidak panas, tidak jarang serta selesa apabila dipakai.

Walaupun jenis tudung dan fabrik yang digunakan berbeza, tetapi fungsinya tetap sama iaitu untuk menutupi bahagian kepala wanita.

Anda boleh gayakan shawl dengan gaya tertentu yang sesuai dan sopan untuk ke tempat kerja, acara rasmi, majlis tertentu, bersiar-siar dan sebagainya.