Skirt adalah sejenis pakaian yang dipakai oleh wanita untuk menutupi bahagian kaki dari pinggang hingga ke bawah. Selain itu, skirt juga boleh dipakai sama ada untuk situasi yang formal, santai ataupun kasual.

Kebiasaannya wanita memadankan skirt ini dengan blouse, kemeja atau t-shirt tertentu untuk kelihatan lebih anggun, kemas dan bergaya.

Walaupun hanya menggunakan skirt, wanita juga boleh bergaya dengan cara yang lebih sopan dan cantik.

Kini pemakaian skirt kembali menjadi trend dengan rekaan yang lebih moden dan sesuai untuk digayakan dalam pelbagai acara dan situasi.

Mungkin ada di antara anda yang mengetahui beberapa jenis skirt sahaja yang selalu dipakai, tetapi sebenarnya ada lebih daripada 10 jenis skirt.

Di bawah ini akan diterangkan ciri-ciri yang ada pada setiap jenis skirt wanita.

1. Skirt potongan A-line

  • Skirt jenis ini mempunyai potongan berbentuk seperti huruf A.
  • Kecil di bahagian pinggang dan sedikit lebar di bahagian bawah.
  • Perincian yang sangat minimal.
  • Skirt ini juga antara skirt yang popular di kalangan wanita terutamanya untuk wanita berbadan pear.
  • Sesuai untuk menutupi bahagian yang ingin disembunyikan supaya tidak dilihat oleh orang lain.

Sumber gambar: shukrclothing.com

2. Pencil skirt

  • Skirt ini juga popular dan sering digunakan oleh wanita di Malaysia.
  • Ia mempunyai kelabuhan yang sesuai untuk digunakan oleh wanita.
  • Kain skirt ini biasanya boleh diregang dan boleh digunakan untuk beri kesan kurus dan tinggi apabila dipakai.
  • Walaupun begitu, skirt ini tidak begitu sesuai untuk wanita yang mempunyai bentuk badan pear kerana ia akan kelihatan ketat apabila dipakai dan menampakkan bentuk pinggul dan kaki.

Sumber gambar: lazada.com

3. Mermaid skirt

  • Skirt ini antara skirt yang popular dan tidak asing lagi dengan wanita.
  • Mermaid skirt atau dipanggil juga skirt duyung kerana rekaannya seperti ekor ikan duyung.
  • Bahagian pinggang sehingga ke lutut agak kecil dan kembang pada bahagian bawah.
  • Skirt jenis ini juga boleh digayakan bersama blouse ataupun mana-mana rekaan baju kurung yang sesuai.

Sumber gambar: poshmark.com

4.  Godet skirt 

  • Skirt ini mempunyai bentuk segi tiga di bahagian bawah skirt dan labuh skirt ini biasanya berada pada paras lutut.
  • Terdapat juga rekaan skirt seperti ini yang dibuat labuh dan sesuai dipakai untuk wanita muslimah.

Sumber gambar: prinses.com

5. Knifed pleated skirt 

  • Skirt yang mempunyai satu atau lebih lipatan yang dijahit dengan satu arah yang sama.
  • Mempunyai pelbagai saiz dan warna yang boleh dipilih bergantung kepada keselesaan anda.
  • Skirt ini kelabuhannya berada melebihi paras lutut dan tidak melebihi paras buku lali.
  • Tetapi ada juga rekaan jenis skirt ini yang labuh, tidak jarang dan sesuai dipakai untuk wanita muslimah.

Sumber gambar: pinterest.com

6. Tube skirt 

  • Jenis skirt ini hampir sama dengan skirt pensel.
  • Tetapi, perbezaan utama skirt ini adalah ia diperbuat daripada jenis fabrik yang mudah diregangkan (strechable).
  • Skirt jenis ini kebiasaannya berada di bawah paras lutut.

Sumber gambar: instyle.com

7. Circle skirt

  • Circle skirt atau nama lainnya ialah swing skirt.
  • Skirt ini mempunyai rekaan berbentuk bulat.
  • Labuh skirt ini kebiasannya berada separas lutut ataupun lebih daripada itu.
  • Ia diperbuat daripada kain yang ringan dan mempunyai pelbagai jenis bentuk dan warna.

Sumber gambar: pinterest.com

8. Pleated skirt

  • Skirt ini mempunyai lipatan yang rapat-rapat dan cantik apabila dipadankan dengan blouse yang bersesuaian.
  • Kelabuhan skirt ini boleh dipilih mengikut kesesuaian tinggi anda.
  • Ada jenis skirt yang pendek dan ada juga yang panjang.

sumber gambar: pinterest

9. Mini skirt

  • Mini skirt adalah skirt yang pendek dan tidak melebihi paras lutut.
  • Skirt ini juga tidak sesuai untuk dipakai ke tempat kerja atau mesyuarat formal kerana ia akan kelihatan tidak sopan.

sumber gambar: h&m

10. Wrap skirt

  • Skirt ini mempunyai rekaan yang cantik. Ia boleh diikat dengan tali atau letakkan butang supaya lebih kemas dan cantik.
  • Rekaan skirt ini sesuai dipakai untuk acara yang kasual.
  • Kelabuhan skirt ini melebihi paras lutut dan tidak lebih paras buku lali.

Sumber gambar: internationaldesignforum.com

11. Draped skirt

  • Skirt ini pula mempunyai lipatan yang beralun dan dikumpulkan pada satu bahagian, sama ada bahagian kanan atau kiri.
  • Sesuai untuk anda yang suka rekaan yang kelihatan glamour.

Sumber gambar: pinterest.com

12. Asymmetrical skirt

  • Skirt ini mempunyai bentuk yang pelbagai dan sesuai untuk dipadankan dengan pelbagai bentuk badan.
  • Tetapi, skirt ini tidak sesuai untuk dipakai oleh wanita muslimah kerana bahagian depan skirt ini pendek, berada pada aras lutut dan hanya bahagian belakang sahaja yang panjang.

Sumber gambar: amazon

13. Gypsy skirt

  • Skirt ini rekaannya bertingkat-tingkat. Setiap tingkat itu mempunyai ketinggian yang berbeza.
  • Selain itu, skirt ini kecil pada bahagian pinggang dan semakin ke bawah semakin lebar serta beralun.

Sumber gambar: ebay.com

14. Bubble skirt

  • Skirt ini rekaannya jika dilihat dengan mata kasar, bentuknya seperti buih.
  • Kelabuhan skirt ini adalah pada paras lutut. Tetapi, ada juga bubble skirt yang labuh dan sesuai dipakai oleh wanita muslimah.
  • Skirt jenis ini juga sesuai dipakai oleh wanita yang mempunyai bentuk badan ruler.

Sumber gambar: lovebonito.com

15. Layered skirt

  • Skirt ini terdiri daripada beberapa lapisan kain yang bertindih dan kebiasaannya berada pada atas paras lutut.
  • Mempunyai pelbagai saiz dan warna untuk dipilih dan boleh dipadankan bersama blouse atau baju yang sesuai.

Sumber gambar: zalora.com

16. Tulip skirt

  • Kain skirt dilipat dan membentuk rekaan seperti bunga tulip.
  • Panjang skirt ini adalah pada paras lutut atau lebih sedikit daripada itu.

Sumber gambar: zalora.com

17. Ruffled skirt

  • Skirt ini terdiri daripada lapisan kain yang banyak.
  • Kebiasaannya mempunyai bentuk yang kembang dan melengkung pada bahagian bawah.
  • Ia adalah skirt pendek dan berada di atas bahagian lutut.

Sumber gambar: zalando

18. Paneled skirt

  • Skirt ini dijahit dengan jahitan menegak.
  • Mempunyai empat atau lebih garisan menegak ke bawah.
  • Labuh skirt ini berada pada paras lutut atau lebih sedikit daripada lutut.

Sumber gambar: kalmodestwear.com

Apabila memilih skirt, pastikan anda memahami bentuk tubuh terlebih dahulu kerana skirt yang baik adalah skirt yang bersesuaian dengan bentuk tubuh.

Hal ini kerana skirt yang sesuai dengan bentuk tubuh akan memberikan keselesaan kepada pemakai dan akan kelihatan lebih cantik.