Benarkah jika mempunyai bentuk badan lurus susah untuk pilih gaya yang sesuai?

Apa itu bentuk badan lurus?

Bagaimana untuk bergaya jika mempunyai bentuk badan lurus?

Apakah pula pakaian yang sesuai dan tidak sesuai dipakai oleh wanita yang berbadan lurus ini?

Saya kongsikan kepada anda tip memilih pakaian untuk wanita berbadan lurus dalam artikel kali ini.

Bentuk Badan Lurus

Wanita yang mempunyai bentuk badan lurus (straight) atau nama lainnya ruler, rectangle ini mempunyai ukuran bahu, pinggang dan pinggul yang sama atau hampir sama.

Walaupun dalam kalangan wanita tidak ramai yang memiliki bentuk badan lurus ini tetapi masih ada golongan yang mempunyai bentuk badan lurus.

Bentuk badan seperti ini tidak ada bahagian yang menyerlah atau melengkung untuk dijadikan sebagai titik tumpu.

Antara kelebihan wanita berbadan lurus ini sebenarnya ialah bebas untuk bergaya dengan banyak pilihan. Tetapi ada sesetengah gaya apabila dipakai, ia kelihatan tidak seimbang.

Apabila kelihatan tidak nampak seimbang, anda akan nampak pelik atau janggal.

Di bawah ini saya kongsikan beberapa tip bergaya untuk anda yang mempunyai bentuk badan lurus.

Memakai pakaian dengan teknik layering

  • Dengan badan yang lurus ini, anda boleh pakai pakaian dengan teknik layering.
  • Contoh layering ini ialah boleh pakai kemeja dan pakai jaket di atasnya.
  • Contoh lain pula seperti pakai baju dan kemudian memakai tudung. Ia juga dikira sebagai layering kerana tudung itu berada di atas baju dan mempunyai lengkungan yang bantu untuk kelihatan berisi.
  • Teknik layering ini membantu untuk memberikan kesan berisi kepada tubuh yang lurus.

Pilih pakaian dengan garisan melengkung

  • Bentuk badan jenis ini sangat sesuai memilih rekaan atau corak pada pakaian dengan garis melengkung.
  • Garisan atau corak begini boleh membantu anda untuk kelihatan berisi dan seimbangkan badan yang lurus.
  • Contohnya seperti corak floral yang ada lengkung-lengkung atau garis-garis abstrak.
  • Perincian seperti ropol, rekaan pada bahu seperti puff shoulder juga sesuai dipakai oleh wanita yang berbadan lurus.

Pilih skirt atau seluar dengan potongan yang bersesuaian

  • Pemilihan skirt atau seluar yang ingin dipakai oleh wanita berbadan lurus juga perlu dipilih dengan betul supaya tidak membuatkan anda nampak lebih lurus dan kurus.
  • Untuk skirt, wanita berbadan lurus tidak begitu sesuai memilih skirt jenis A-line.
  • Skirt yang sesuai ialah skirt yang tidak membuatkan anda nampak lurus. Pilih skirt yang flowy seperti bubble, layered, full atau pencil skirt
  • Juga tidak digalakkan memilih seluar dengan potongan straight cut kerana ia akan membuatkan anda kelihatan lebih lurus.
  • Contoh seluar yang sesuai dipakai ialah jenis cargo, bootcut, flared atau wide leg.
  • Seluar tersebut sangat sesuai dipakai untuk berikan ilusi lebar pada kaki yang kecil dan memberikan bentuk lengkungan untuk kaki lurus.

Pakai warna yang cerah

  • Anda tidak perlu takut untuk mencuba atau memakai warna-warna yang cerah.
  • Warna yang cerah ini akan menyebabkan wanita berbadan lurus ini boleh ada kesan sedikit lebar dan berisi.
  • Boleh juga memakai warna pastel seperti baby blue, light beige, powder pink dan lain-lain warna yang sesuai.
  • Tidak digalakkan memilih warna yang gelap dari atas sampai ke bawah untuk elakkan anda nampak lebih kurus dan lurus.

Apa yang perlu dielakkan pakai oleh bentuk badan lurus?

Elakkan fabrik yang keras

  • Tidak digalakkan pilih fabrik yang tidak memberikan bentuk-bentuk yang lembut atau tidak ada garis-garis melengkung.
  • Sebagai contoh, jaket denim diperbuat daripada fabrik yang keras. Apabila anda memakai jaket ini, ia akan membuatkan anda nampak seperti kotak-kotak.
  • Lebih disarankan untuk memakai cardigan yang kainnya lembut berbanding fabrik yang keras.

Elakkan pakai semua warna gelap

  • Tidak digalakkan untuk memakai semua warna yang gelap dari atas hingga ke bawah dalam satu-satu penampilan.
  • Pilihan paling terbaik untuk anda adalah dengan memakai warna-warna yang cerah atau terang tetapi tidak keterlaluan.
  • Untuk wanita yang bertudung, anda mestilah memilih pakaian yang tidak jarang, ketat dan mengikut bentuk badan.

Dalam pemilihan pakaian bagi bentuk badan lurus perlulah memilih pakaian yang memberi keseimbangan dalam penampilan.

Elakkan memakai pakaian yang berkotak-kotak supaya anda tidak nampak lebih lurus dan sekeping.

Boleh cuba tip yang disarankan seperti di atas supaya anda lebih yakin bergaya walaupun mempunyai tubuh badan berbentuk lurus.

Tetapi apa yang paling penting, anda mestilah yakin dengan pakaian yang dipilih supaya tidak nampak kekok dan tidak selesa.

Nak tahu cara pilih pakaian untuk bentuk badan pear, boleh baca tip di sini https://bit.ly/4cce8il untuk ketahui dengan lebih lanjut.