Kalau sebelum ini. saya pernah kongsikan Tip Memilih Skirt Yang Sesuai Untuk Wanita Yang Berbadan Pear. Maka pada post ini, saya akan kongsikan Tip Memilih Jaket Yang Sesuai Untuk Wanita Yang Berbadan Pear.
Apa yang dimaksudkan dengan badan berbentuk PEAR?
Badan berbentuk PEAR bermaksud bentuk badan yang mempunyai ukuran pinggul yang lebih lebar daripada ukuran lebar bahu dan dada.
Sama seperti baju, jaket yang sesuai untuk badan berbentuk pear perlu menambah volum pada bahagian dada dan bahu.
Jaket labuh yang berwarna gelap juga dapat membantu membuatkan tubuh anda kelihatan langsing.
Jaket jenis crop berwarna terang juga sesuai kerana ia boleh menarik pandangan ke bahagian atas badan.
Perincian seperti poket pada dada juga sesuai untuk digayakan.
Elakkan memilih jaket yang kepanjangannya mencecah paras pinggul, ini akan menyebabkan bahagian pinggul lebih menonjol.
Elakkan juga perincian pada pinggul dan pastikan bahagian ini ringkas dan kosong saja.
Leave a comment