Assalamualaikum, hai cikpuan!😊
Cikpuan semua mesti suka pakai gincukan? Bohong lah kalau cikpuan tidak memakai gincu atau mungkin cikpuan lebih biasa menggunakan lip balm sebagai ganti untuk lipstik?
Hari ini, kita akan belajar bagaimana mahu memilih gincu/lipstik berdasarkan tona kulit wajah kita. Adakah cikpuan tahu cikpun dibahagian kategori yang mana untuk warna kulit? Adakah warna kulit cikpuan;
Warna kulit juga memainkan peranan yang penting untuk cikpuan pilih warna gincu yang cikpuan mahu gunakan? Bukan itu sahaja, bagi cikpuan yang berhijab, ia sangatlah penting untuk mengetahui warna kulit agar cikpuan tidak salah dalam memilih warna tudung dan gincu yang akan menyebabkan kulit wajah cikpuan akan kelihatan lebih gelap atau kusam ketika mamakainya.
Pertama, untuk cikpuan yang berkulit cerah (fair skin), boleh pakai apa sahaja warna untuk gincu kerana kulit cikpuan sudah cerah jadi sekiranya pakai warna gelap mahupun cerah tetap kelihatan menyerlah. Antara lipstik warna nude yang sesuai untuk kulit cerah ialah light nude, nude dan beige.
Kedua, untuk kulit medium(medium skin) pula, cikpuan tidak boleh memakai warna yang terlalu gelap atau terlalu terang kerana takut tidak kelihatan menyerlah jadi cikpuan yang berkulit medium perlu menggunakan lipstik yang berwarna nude seperti peachy nude, nude dan beige.
Akhir sekali, untuk kulit gelap(deep skin), pilihan warna nude yang sesuai untuk kulit gelap ialah peachy brown, brown dan chocolate sahaja. Warna yang lain seperti nude, beige akan membuat cikpuan tidak kelihatan menyerlah dan seperti tidak memakai apa-apa mekap di wajah cikpuan.
NOTE: Smile is a curve that sets everything straight.
Terima Kasih!
Penjagaan kasut yang jarang dipakai atau hanya digunakan pada waktu-waktu tertentu sering kali diabaikan, namun… Teruskan Membaca
Blouse merupakan salah satu pilihan pakaian yang sering digayakan untuk ke tempat kerja, sama ada… Teruskan Membaca
Wanita yang berbadan rendah sering menghadapi cabaran dalam memilih pakaian yang sesuai agar kelihatan lebih… Teruskan Membaca
Penyusunan wardrobe yang kemas mampu memberikan keselesaan pandangan serta mewujudkan ruang penyimpanan yang lebih teratur.… Teruskan Membaca
Garis pada pakaian merupakan elemen fesyen yang telah lama wujud dan kekal relevan sehingga ke… Teruskan Membaca