Ramai yang bertanyakan cara berfesyen untuk wanita gemuk/badan berisi kepada saya. Bagaimanakah tips memilih pakaian ataupun corak baju untuk badan berisi/gemuk? Bagaimanakah fesyen baju untuk badan gempal? Pada post ini kami kongsikan teknik kombinasi warna untuk ‘menutup’ kawasan tubuh yang lebar atau besar dan kelihatan lebih kurus.
Gaya A
=====
Kombinasi warna gelap dan terang pada set pakaian ini menjadikan kawasan berwarna pink iaitu pada blouse lebih menyerlah berbanding warna hitam.
Teknik kombinasi warna sebegini amat bagus untuk wanita yang mahu kawasan yang lebar pada paha, pinggang dan pinggul diselindungi dengan warna hitam.
Untuk wanita bertudung, boleh mengekalkan efek ini digayakan dengan tudung dengan rona hitam sama ada polos atau mempunyai corak minimal.
Gaya B
=====
Pada set pakaian ini, blazer yang berwarna pink lebih menarik perhatian berbanding blouse dan seluar yang berwarna hitam.
Teknik kombinasi warna sebegini amat bagus untuk wanita yang mahu kawasan yang lebar pada dada dan perut diselindungi dengan warna hitam.
Untuk wanita bertudung, boleh mengekalkan efek ini digayakan dengan tudung dengan rona pink sama ada polos atau mempunyai corak minimal.
Tips Memilih Warna Pakaian Agar Kelihatan Lebih Kurus
NOTA: Warna pink boleh digantikan dengan warna lain yang lebih cerah atau terang berbanding warna hitam.
Semoga bermanfaat dan kongsikan juga post “Tips Memilih Warna Pakaian Agar Kelihatan Lebih Kurus” ini kepada rakan-rakan anda.