Warna hitam sememangnya warna yang sudah tidak asing lagi di dalam dunia warna. Saya yakin dan percaya bahawa ramai di antara anda yang minat dan suka dengan warna hitam.
Ada di antara anda yang bercadang nak pakai warna hitam untuk tema raya tahun ini?
Berikut adalah tip ringkas untuk pakai pakaian warna hitam.
- Padankan warna hitam dengan tona warna hitam yang pelbagai untuk tambahkan dimensi yang berbeza dalam satu-satu penampilan. Sebagai contoh, anda boleh padankan baju berwarna hitam dengan warna seperti blueyish black ataupun greyish black.
- Padankan pakaian warna hitam dengan warna yang cerah seperti warna putih, off white, soft brown, soft rosy pink, pastel purple dan lain-lain.
- Tambahkah aksesori atau perhiasan seperti beg tangan dengan warna yang kontra untuk mengelakkan anda memakai serba hitam daripada atas kepala hingga ke bawah kaki. Contohnya beg bewarna merah, kuning, biru yang kontra dengan warna hitam.
- Pastikan anda memakai mekap yang ringkas dan sesuai dengan warna pakaian. Apabila anda memakai mekap dengan warna yang terlalu gelap, ia akan menjadi terlalu keterlaluan.
- Pilih warna hitam yang sesuai dengan tona warna kulit. Jika anda mempunyai tona warna kulit cool, anda boleh memilih warna seperti blue-black. Jika anda mempunyai tona warna kulit yang warm pula, anda boleh pilih warna seperti brown-black. Ataupun boleh pilih warna lain yang sesuai dengan tona warna kulit.
Disebabkan warna hitam ini adalah warna yang bersifat neutral, maka mudah untuk anda suai padankan dengan warna fesyen yang pelbagai mengikut tona warna kulit.
Berikut adalah 10 contoh warna yang sesuai dipadankan bersama warna hitam. Semoga ia menjadi inspirasi untuk anda semua.
Kesimpulannya, warna hitam sememangnya warna yang mudah untuk disuai padankan dengan warna fesyen yang lain mengikut kesesuaian dan personaliti masing-masing.
Jika anda hendak tahu padanan warna yang lain selain hitam, boleh kongsikan di ruangan komen.