Penampilan

Tip Pilih Pakaian Ketika Musim Panas

Cuaca panas sememangnya membuatkan badan berasa tidak selesa dengan keadaan sekeliling. Pastinya anda ingin duduk di rumah dan lakukan aktiviti di dalam rumah sahaja.

Dalam keadaan cuaca panas sebegini, sebaiknya lakukan aktiviti di luar dengan kadar yang minimum.

Sekiranya perlu keluar rumah, pastikan anda memilih pakaian yang bersesuaian untuk elakkan badan berasa tidak selesa.

Kali ini akan dikongsikan kepada anda tentang tip pilih pakaian yang sesuai ketika musim panas.

  1. Pilih warna pakaian yang terang
  • Tip ini adalah tip yang paling biasa dan ramai orang tahu bahawa memakai warna yang terang lebih sejuk berbanding warna gelap.
  • Hal ini dapat dibuktikan oleh kajian yang telah dilakukan oleh Japan’s National Institute for Environmental Studies.
  • Dalam kajian tersebut terdapat 9 baju polo dengan warna yang berbeza diletakkan pada badan patung di bawah matahari. Selepas 5 minit pendedahan, suhu permukaan fabrik diukur.
  • Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa:
    • Baju putih adalah yang paling sejuk, diikuti oleh baju kuning. Kedua-dua baju itu mempunyai suhu sekitar 30 darjah Celsius.
    • Yang paling sejuk seterusnya ialah baju kelabu muda dan merah.
    • Baju hijau tua dan hitam adalah yang paling panas, dengan suhu permukaan melebihi 50 darjah Celsius.

  1. Pilih fabrik yang ringan
  • Bagi memastikan anda selesa untuk lakukan aktiviti harian terutamanya ketika di luar rumah, anda perlu pilih fabrik yang ringan.
  • Fabrik yang sesuai adalah seperti kapas, linen atau rayon. Fabrik tersebut sesuai dipakai kerana memudahkan pengaliran udara ke sekeliling badan, menyerap peluh, membantu badan rasa lebih selesa dan sejuk.

  1. Pakai pakaian yang longgar
  • Pakaian yang ketat boleh memerangkap haba dan membuatkan anda berasa lebih panas dan tidak selesa.
  • Sebaliknya, pakaian yang longgar membenarkan udara mengalir dengan bebas di sekeliling badan anda serta membantu anda kekal sejuk.
  • Pakaian yang longgar juga boleh membantu mengelakkan ruam dan kerengsaan.

  1. Elakkan pakai fabrik sintetik
  • Fabrik sintetik seperti poliester atau nilon boleh memerangkap haba dan membuatkan anda berasa lebih panas.
  • Apabila fabrik yang dipakai tidak menyerap peluh, badan akan lebih panas dan tidak selesa.

Tip lain yang boleh anda lakukan ketika musim panas adalah:

  • Kekalkan penghidratan
    • Banyakkan pengambilan air kosong ketika musim panas bagi elakkan badan kekurangan air atau dehidrasi.
    • Apabila anda minum air yang secukupnya, anda tidak akan mudah rasa penat dan panas.

  • Gunakan pelindung suria (sunscreen)
    • Sekiranya perlu melakukan aktiviti luar, pastikan anda guna pelindung suria yang mencukupi sebagai perlindungan. Gunakan sekurang-kurangnya SPF 30 atau SPF 50.
    • Pelindung suria ini membantu supaya sinar ultra ungu tidak terkena terus pada kulit anda.

  • Pilih persekitaran yang sejuk
    • Jika berada di dalam rumah, pastikan anda memilih persekitaran sejuk yang dekat dengan penyaman udara atau kipas.
    • Sekiranya berada di luar rumah, pastikan anda berteduh atau berada di kawasan yang tidak terlalu terdedah kepada cahaya matahari.

  • Pakai topi atau payung ketika keluar rumah
    • Topi atau payung boleh dipakai bagi memberikan perlindungan kepada wajah. Ia membantu anda untuk melindungi kulit daripada terkena sinaran matahari secara terus.
    • Selain itu, penggunaan payung atau topi juga dapat kurangkan rasa panas ketika berada di luar rumah.

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda membuat persiapan yang secukupnya sepanjang musim panas ini.

Jika anda mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan lain boleh kongsikan pada ruangan komen di bawah.

Artikel Terkini

Warna Tudung Yang Wanita Wajib Ada

Tidak dinafikan di pasaran ketika ini banyak pilihan warna tudung sehingga rambang mata dan keliru… Teruskan Membaca

4 days lepas

Jenis-Jenis Inner Tudung Yang Wanita Perlu Tahu

Inner tudung atau disebut juga sebagai anak tudung menjadi satu keperluan untuk wanita yang bertudung.… Teruskan Membaca

1 week lepas

Etika Beraya

Saya yakin  ramai yang berasa teruja untuk meraikan perayaan Hari Raya Aidilfitri ini setelah sebulan… Teruskan Membaca

3 weeks lepas

7 Ciri-Ciri Asas Baju Raya Yang Baik

Saya sememangnya mementingkan praktikaliti pakaian raya kerana pada pagi raya kita akan melakukan pelbagai aktiviti… Teruskan Membaca

3 weeks lepas

Padanan Warna Baju dan Tudung Raya 2024

Hari Raya Aidilfitri bakal tiba tidak lama lagi. Pastinya ramai yang membuat persiapan awal untuk… Teruskan Membaca

1 month lepas