Penampilan

Tip Untuk Wanita Yang Suka Shopping

Bacaan Untuk Wanita Yang Suka Shopping

Memandangkan minggu ini adalah minggu gaji pasti ada di antara cikpuan mengambil kesempatan untuk membeli belah terutamanya pakaian kan?

Ketika membeli-belah pakaian, kita kena pegang prinsip “Buy Less, Wear More”.

Apabila kita pegang prinsip ini “Buy Less, Wear More”, kita akan fikir banyak tentang:
• Bila saya akan pakai baju ini?
• Berapa kerap saya akan pakai baju ini?
• Adakah rekaan baju ini sesuai dengan pekerjaan saya?
• Adakah baju ini sesuai dengan orang yang akan saya temui dalam bidang kerja saya?

Semua persoalan tu sebenarnya cikpuan tahu apa jawapannya tetapi cikpuan tidak pasti, betul kan? Seeloknya, cikpuan kena fikir sama ada pakaian yang cikpuan mahu beli itu penting atau tidak.

Sekiranya tidak, lebih baik cikpuan simpan dahulu duit itu untuk kegunaan harian atau untuk anak-anak cikpuan. Tetapi kalau cikpuan ikut juga nafsu “kaki shopping” itu, alamaknya duit cikpuan akan masuk ke dalam cashier  jurujual itu lah ya 😄

Haa….. yang ini penting, jangan sesekali pegang prinsip seperti ini ya,“Buy First, Wear Later”. Buat apa membazir beli baju awal-awal hanya semata-mata sebab cantik tetapi tidak mahu memakainya. Tak rasa rugi ke? Mana tahu design baju yang akan datang lebih cantik dari yang cikpuan beli sekarang ini ?

Prinsip ini tidak sihat untuk poket dan juga boleh menyebabkan hati encik suami cikpuan tidak tenang ya😅

Akhir kata dari saya, fikirkan dahulu sama ada keperluan atau kemahuan lebih penting okay! Jangan tersilap langkah ya cikpuan semua! 😊

 

Terima Kasih!

Artikel Terkini

Cara Yang Betul Pilih Beg Tangan

Pemilihan beg tangan bukan sahaja bergantung kepada cita rasa atau trend semasa, tetapi perlu disesuaikan… Teruskan Membaca

5 days lepas

Jenis – Jenis Gelang Tangan Wanita

Gelang tangan merupakan antara aksesori penting yang disarankan untuk dimiliki oleh setiap wanita sebagai pelengkap… Teruskan Membaca

3 weeks lepas

Tip Memakai Warna Putih

Warna putih merupakan pilihan yang mudah digayakan dan sesuai untuk dipakai. Dengan padanan fabrik yang… Teruskan Membaca

1 month lepas

Warna Pakaian Ke Temu Duga

Menghadiri temu duga merupakan satu situasi yang boleh dialami oleh sesiapa sahaja dan kebanyakan individu… Teruskan Membaca

2 months lepas

5 Jenis Seluar Yang Sesuai Dengan Wanita Berbadan Ruler

Bagi wanita yang memiliki bentuk badan ruler atau rectangle, ukuran bahu, pinggang dan pinggul kebiasannya… Teruskan Membaca

2 months lepas