Sementara menunggu bulan puasa yang akan tiba tidak lama lagi, semestinya sudah ramai di antara anda yang mencari baju untuk hari raya nanti bukan?

Saya percaya ramai yang sudah mencari baju raya awal supaya tidak kelam kabut dan dapat menjimatkan masa. Kebiasaannya golongan wanita lebih suka melakukan persiapan awal berbanding lelaki.

Berdasarkan komen yang diterima di sosial media saya, saya dapati bahawa terdapat beberapa warna yang akan menjadi trend raya ini.

Antara warna yang menjadi pilihan dan ramai yang cari adalah:

Sage green

Warna sage green ini aadalah warna yang semakin popular dalam dunia fesyen ketika ini. Ia adalah salah satu warna yang muted dalam kategori warna hijau. Berdasarkan psikologi warna, Sage Green adalah warna yang memberikan perasaan ketenangan, keseimbangan dan keharmonian menjadikannya pilihan yang bagus untuk mewujudkan persekitaran yang santai dan mesra. Jadi, tidak hairanlah warna ini menjadi pilihan ramai untuk hari raya nanti.

Lilac purple

Warna yang ramai cari untuk raya kali ini adalah warna Lilac Purple. Warna ini adalah warna yang lembut, pastel dan menyerlahkan lagi ciri-ciri feminin buat wanita yang memakainya. Dalam psikologi warna, lilac juga sering dikaitkan dengan kemewahan, kecanggihan dan menjadikan ia sebagai pilihan warna popular untuk fesyen yang mewah.

Hitam

Tidak dapat disangkal lagi bahawa warna hitam ini sentiasa menjadi pilihan ramai tidak kira situasi, acara ataupun perayaan. Saya yakin ramai yang minat warna hitam ini kerana mudah untuk dipadankan dengan pelbagai corak dan warna tudung. Jadi, tidak hairanlah warna hitam ini selalu menjadi pilihan. Warna hitam juga sering dikaitakan dengan warna yang tegas dan berani. Malahan, ia juga menyerlahkan lagi sifat elegan bagi wanita yang memakainya.

Lavender

Selain warna lilac, warna lavender juga menjadi pilihan ramai untuk raya tahun ini. Warna lavender juga adalah salah satu warna yang cerah dan lembut sahaja apabila dipakai. Pemilihan warna ini bergantung juga kepada personal preference. Ada orang suka warna purple yang cerah, ada juga yang suka warna gelap. Di samping itu, warna lavender juga sering dikaitkan dengan feminin, kelembutan dan ketenagan.

Nude/champagne

Antara warna lain yang menjadi pilihan waktu raya nanti adalah warna Nude atau Champagne. Semestinya warna ini ada peminatnya yang tersendiri. Ia adalah warna yang sering dikaitkan dengan kesederhanaan ketenangan dan mudah didekati.

Navy blue

Warna seterusnya adalah warna Navy Blue. Pastinya ramai yang sudah tahu bahawa warna navy blue ini adalah warna neutral. Oleh itu, ia sesuai digunakan oleh sesiapa sahaja sama ada anda mempunyai tona kulit cool ataupun warm. Saya dapati bahawa warna ini adalah warna yang sentiasa ada dalam mana-mana sahaja koleksi pakaian dalam dunia fesyen.

Maroon

Warna maroon juga antara warna yang popular dan hot pada tahun ini. Banyak koleksi pakaian raya yang menjual warna ini. Terdapat pelbagai corak dan rekaan yang boleh digayakan dengan warna ini. Bagi penggemar warna merah tetapi tidak ingin kelihatan menyerlah, boleh pilih warna maroon sebagai baju raya anda.

Grey

Kelabu atau grey juga antara warna yang menjadi pilihan pada raya nanti. Kelabu adalah warna yang neutral dan sesuai dipadankan dengan pelbagai warna. Terdapat banyak rekaan dan pilihan baju kurung dengan warna kelabu. Warna kelabu ada yang pekat, gelap dan cerah. Tetapi untuk memilih kepekatan warna kelabu itu bergantung kepada kecenderungan masing-masing.

Baby blue

Selain warna navy blue, baby blue juga antara warna yang semakin popular sekarang ini. Golongan muda lebih suka memakai warna ini berbanding golongan berusia. Warna baby blue adalah warna pastel yang lembut yang memberikan kesan ketenangan. Antara warna yang sesuai dipadankan dengan warna baby blue adalah Beige, Nude, Champagne, Navy Blue, Pigeon Post, Lavender dan lain-lain.

 

Light yellow

Walaupun tidak ramai yang mempunyai keyakinan memakai warna seperti ini tetapi warna ini juga antara warna yang banyak dicari raya nanti. Warna soft atau light yellow ini adalah warna yang lembut dan cerah. Ia juga adalah salah satu warna pastel yang ramai dicari oleh golongan muda. Warna light/soft yellow ini membawa mesej seperti keceriaan, kebahagiaan, bertenaga dan menenangkan.

Antara warna di atas, yang manakah sama dengan tema warna raya anda tahun  ini? Jika ada boleh tuliskan di bawah. Jika tidak, boleh juga kongsikan warna yang anda pilih untuk raya nanti pada ruangan komen.