Warna biru adalah warna yang menjadi pilihan dan kegemaran ramai. Selain itu, warna biru juga mempunyai tona warna yang pelbagai untuk dipakai dalam satu-satu penampilan.

Dalam artikel kali ini akan diberikan tip mudah, ringkas dan sesuai untuk anda pakai tona warna biru yang pelbagai.

  1. Baby Blue / Pale Blue
  • Warna baby blue atau pale blue ini adalah warna biru lembut dan dikenali juga sebagai warna pastel.
  • Saya perasan ramai golongan muda lebih suka pilih dan pakai warna baby blue ini berbanding golongan yang berusia.
  • Golongan berusia lebih suka warna-warna yang gelap seperti navy blue dan sebagainya.
  • Perbezaan ini berlaku disebabkan oleh kecenderungan memilih sesuatu warna itu adalah berbeza-beza mengikut peringkat usia.
  • Warna baby blue ini sesuai untuk situasi yang santai atau kasual dan formal pun boleh juga, contohnya kemeja.
  • Selain itu, warna baby blue juga dilihat sebagai warna yang feminin, lembut dan kelihatan sopan apabila dipakai.
  • Baju kurung, blaus ataupun apa-apa sahaja pakaian yang dipakai dengan warna baby blue ini akan membuatkan penampilan anda nampak lembut dan lebih feminin.

  1. Navy Blue
  • Tona warna biru yang seterusnya adalah navy blue. Semestinya ramai yang suka warna ini dan tahu bahawa navy blue adalah salah satu warna warna neutral.
  • Disebabkan ia adalah warna yang bersifat neutral, maka ia sesuai untuk dipakai ke majlis ataupun situasi yang lebih formal.
  • Sebagai contoh, jika anda pertama kali hendak membeli blazer, anda boleh pilih warna navy blue ini selain daripada warna hitam.
  • Warna ini mempunyai ciri-ciri yang formal, elegan dan sesuai juga untuk dipakai secara harian ke tempat kerja.
  • Contoh lain pula, baju kurung berwarna navy blue kelihatan lebih formal berbanding dengan warna terang dan cerah seperti kuning.

  1. Royal Bue
  • Warna royal blue juga antara warna yang mewah, formal serta sesuai dipakai untuk ke tempat kerja.
  • Selain itu, warna ini juga membawa mesej seperti keberaniaan, kekuasaan, kekayaan, kesetiaan dan sebagainya.
  • Dalam dunia fesyen, warna ini adalah pilihan warna yang popular untuk acara formal dan selalu digunakan untuk pakaian seperti dress, suit, baju kurung, blaus dan lain-lain.
  • Warna royal blue ini juga boleh dipadankan dengan warna neutral dan warna fesyen yang pelbagai. Contohnya, boleh dipadankan dengan warna grey, silver, pastel pink, ivory dan lain-lain.

  1. Turquoise
  • Mungkin ramai yang masih keliru sama ada warna ini berada dalam keluarga warna hijau ataupun biru?
  • Warna turquoise adalah warna yang dipiih oleh PANTONE pada tahun 2010 sebagai Color of The Year.
  • Turquoise adalah warna yang berada di antara warna biru dan hijau di dalam roda warna dengan gabungan warna pale blue, hijau dan sedikit warna kuning.
  • Warna ini bersifat universal. Kenapa ia universal? Kerana warna ini boleh dipakai oleh hampir kesemua tona warna kulit. Sama ada anda cool ataupun warm tetap boleh pakai warna ini.
  • Ia juga sesuai untuk acara yang santai, pakaian harian dan sebagainya.
  • Boleh juga padankan pakaian berwarna turquoise ini dengan aksesori seperti beg, cincin, gelang tangan untuk membuatkan penampilan landa ebih elegan dan eksklusif.

  1. Biru bercorak
  • Jika anda sudah bosan dengan baju warna biru yang kosong dan ingin tukar fesyen sekali sekala, maka boleh pilih pakaian warna biru yang bercorak.
  • Ada banyak corak yang boleh dipilih untuk dipakai secara harian atau untuk hadiri acara tertentu.
  • Contohnya anda boleh pakai baju atau dress berwarna biru yang bercorak chevron, plaid, floral, geometric, quatrefoil dan lain-lain corak yang ingin dipakai.
  • Ada juga corak yang dikategorikan sebagai corak formal untuk dipakai ke majlis tertentu seperti stripes dan lain-lain.

Tona warna biru ini bukannya ada 4 jenis warna sahaja ya, tetapi ada lebih daripada itu. Apa yang dikongsikan di atas hanyalah tona warna yang biasa digunakan oleh masyarakat kita ketika ini.

Anda boleh padan dan gayakan warna biru ini mengikuti cita rasa, kesesuaian, gaya dan personaliti anda.

Kongsikan juga di ruangan komen tona warna biru yang mana satu anda suka.