Jika anda sedang mencari warna yang tidak terlalu menyerlah dan memberikan sentuhan elegan dalam penampilan, warna teal adalah pilihan terbaik untuk anda.

Apabila anda menggabungkan warna yang betul dengan warna teal, ia akan kelihatan cantik dan menyerlahkan lagi penampilan anda.

Warna teal ini sebenarnya terhasil daripada campuran warna biru dan hijau. Kemudian, ia menghasilkan warna teal yang berbeza kadar kepekatannya.

Ada warna teal yang cerah dan ada juga teal yang berwarna sedikit gelap.

Sebagai contoh, untuk dapatkan warna teal yang cerah boleh ditambah warna putih pada warna biru dan hijau.

Manakala, untuk dapatkan warna teal yang gelap pula boleh ditambah dengan warna hitam.

Oleh itu, anda boleh memilih mana-mana warna teal yang sesuai dengan personaliti, penampilan dan tona warna kulit anda.

Di bawah ini adalah cadangan warna yang sesuai untuk dipadankan bersama dengan warna teal.

Gold (emas)

  • Jika anda ingin menambah sentuhan yang cantik pada pakaian dan kelihatan mewah, anda boleh padankan warna teal dengan warna gold.
  • Warna gold ini cantik dan sesuai untuk dipadankan bersama.
  • Anda boleh padankan juga dengan akseori warna gold dengan baju berwarna teal.

Contoh padanan warna Teal dan Gold

Putih

  • Putih adalah warna yang neutral dan sesuai untuk dipadankan dengan mana-mana warna begitu juga dengan warna teal ini.
  • Jika anda ingin sampaikan mesej tertentu seperti menampilkan kebijaksanaan, anda boleh padankan pakaian warna teal dengan warna putih.
  • Boleh juga dipakai dalam situasi yang formal, kasual ataupun santai.
  • Mana-mana pakaian yang dipadankan dengan warna putih ini sememangnya sesuai dipakai bersama.

Contoh padanan warna Teal dan Putih

Ungu

  • Adakah anda pernah mencuba menggabungkan warna teal dengan ungu?
  • Jika anda tidak pernah melakukannya, maka anda boleh mencuba untuk memakainya dalam satu penampilan.
  • Apabila anda padankan warna teal dengan warna ungu ini, ia tidak menjadikan anda kelihatan pelik tetapi akan kelihatan anggun.
  • Selain itu, anda juga boleh mengekspresikan dua sisi berbeza dalam keperibadian anda dengan kombinasi ini iaitu meriah tetapi tidak terikat.

Contoh padanan warna Teal dan Ungu

Kuning

  • Warna kuning ini sememangnya warna yang menarik perhatian kepada sesiapa sahaja yang melihatnya.
  • Mungkin ada yang tidak pernah terfikir untuk padankan warna teal ini dengan warna kuning.
  • Jika anda yakin untuk memadankan kedua-dua warna ini dalam satu penampilan, anda adalah seorang yang berani.

Contoh padanan warna Teal dan Kuning

Pink

  • Tidak salah sekiranya anda ingin suai padankan pakaian berwarna teal dengan warna pink.
  • Warna pink adalah salah satu warna dalam kategori warna sejuk.
  • Apabila anda padankan warna teal dengan pink, ia akan menampakkan anda kelihatan lebih kreatif.
  • Jika inginkan kelainan, maka anda boleh cuba memakai warna pink ini selain daripada warna yang selalu dipakai.

Contoh padanan warna Teal dan Pink

Hitam

  • Warna hitam sememangnya warna yang sesuai untuk dipadankan dengan pelbagai warna kerana ia bersifat neutral.
  • Anda boleh memakai pakaian berwarna teal dan digabungkan dengan warna hitam untuk ke tempat kerja, mesyuarat, situasi kasual, bersiar-siar dan sebagainya.

Contoh padanan warna Teal dan Hitam

Kelabu

  • Jika anda inginkan sesuatu yang versatile tetapi bukan menggunakan warna hitam, anda boleh memilih warna teal dan padankan ia bersama warna kelabu.
  • Warna kelabu ini bukan sahaja bergaya tetapi juga sesuai dengan semua warna kulit.
  • Kedua-dua warna ini sesuai dipadankan bersama kerana ia saling melengkapi antara satu sama lain.

Contoh padanan warna Teal dan Kelabu

Sebagai kesimpulan, warna teal bukan sahaja boleh dipadankan dengan satu warna sahaja tetapi boleh padankan dengan warna lain seperti warna gold, putih, ungu, kuning, pink, hitam dan kelabu.

Selain warna yang dicadangkan, anda juga boleh padankan dengan warna lain yang disukai, sesuai dengan penampilan serta personaliti diri.