Wanita dengan kecantikan berpisah tiada. Segala aspek akan dijaga dan diberikan perhatian. Hal ini termasuklah dari segi penampilan diri, imej, pakaian, kekemasan diri dan sebagainya.

Tidak kira anda memakai tudung ataupun tidak, rambut semestinya menjadi aspek utama dan aset bagi setiap wanita yang perlu dijaga.

Walaupun anda bertudung, sudah pasti di rumah anda akan membukanya. Oleh itu, anda boleh gunakan ikatan rambut sanggul (bun) ini supaya kelihatan lebih kemas.

Berikut adalah idea ikatan rambut bun yang boleh digayakan dan sesuai untuk wanita.

Low bun

  • Gaya ini adalah gaya yang ringkas dan tidak terlalu sukar untuk dilakukan.
  • Boleh gunakan gaya ini di rumah kerana ia mudah dan tidak mengambil masa yang lama untuk menggayakannya.
  • Ia adalah ikatan rambut dan santai serta sesuai juga digayakan bagi majlis formal ataupun kasual.

Sumber gambar: pinterest

Messy bun

  • Gaya messy bun ini ada pelbagai jenis. Ada yang ikat rambut tinggi dan ada juga yang ikat dengan kedudukan yang rendah.
  • Dipanggil messy bun kerana kelihatan seakan-akan tidak kemas tetapi sebenarnya cantik apabila anda pandai menggayakan rambut tersebut.
  • Kebanyakan gaya ini digunakan sewaktu majlis tertentu seperti majlis perkahwinan terutamanya untuk wanita yang tidak bertudung.

Sumber gambar: pinterest

Bow bun

  • Gaya rambut ini diikat satu kemudian mencipta bentuk seperti reben pada bahagian atas rambut.
  • Rambut boleh diikat dalam keadaan tinggi, rendah ataupun sederhana bergantung kepada keselesaan masing-masing.
  • Kanak-kanak juga boleh gunakan gaya ikatan bow bun ini.

Sumber gambar: pinterest

Chic bun

  • Ikatan rambut jenis chic bun ini adalah salah satu gaya yang elegan dan sesuai untuk anda yang akan menghadiri majlis tertentu seperti makan malam dan sebagainya.
  • Rambut ini kebiasaannya diikat paras bawah (low) dan ada juga paras tinggi (high).

Sumber gambar: yandex.com

Wrapped bun

  • Ikatan rambut jenis wrapped bun ini diikat pada paras bawah (low).
  • Rambut dibahagi kepada dua bahagian dan diikat kedua-duanya.
  • Selepas itu, rambut yang sudah diikat itu tadi dicantumkan seperti ikatan tocang pada bahagian bawah (low).
  • Bun jenis ini juga kemas dan cantik untuk kanak-kanak dan wanita.

Sumber gambar: yandex.com

French twist

  • Gaya rambut bun jenis french twist ini adalah gaya rambut yang elegan dan klasik.
  • Rambut dililit pada satu arah sahaja untuk mendapat bentuk rambut seperti di bawah:

Sumber gambar: pinterest

Milkmaid bun

  • Gaya rambut ini cantik dan sesuai digayakan untuk acara-acara khas tertentu.
  • Rambut diikat sanggul dan ada ikatan tocang pada bahagian depan yang mengelilingi keseluruhan kepala.
  • Selain itu, gaya milkmaid bun ini juga sesuai untuk majlis perkahwinan atau mana-mana majlis yang santai serta kasual.

Sumber gambar: pinterest

Knots bun

  • Knots bun adalah gaya rambut sanggul yang diikat menggunakan bahagian rambut yang lain tanpa menggunakan getah rambut.
  • Rambut yang diikat pada sanggul tersebut kelihatan seperti simpulan dan tidak menyebabkan sanggul anda jatuh.

Sumber gambar: pinterest

Sebagai penutup, terdapat pelbagai jenis ikatan bun rambut yang boleh anda gayakan.

Ada gaya yang mudah, ringkas dan ada juga gaya yang agak sukar untuk dilakukan tetapi kemas, cantik dan kelihatan elegan.

Sebagai wanita muslimah, anda boleh gayakan ikatan bun yang mudah dan ringkas ketika di rumah untuk kekalkan penampilan diri yang kemas.

Bagi wanita yang tidak bertudung pula, anda boleh gayakan rambut dengan jenis ikatan bun yang pelbagai untuk tampil dengan gaya rambut yang berbeza setiap hari.

Boleh pilih gaya ikatan rambut bun yang bersesuaian mengikut keadaan, situasi dan majlis yang akan dihadiri.

Wanita mestilah berpenampilan kemas walau dalam apa juga keadaan dan situasi supaya sentiasa yakin dengan diri sendiri.