Ketika ini sudah ramai yang tahu dan dapat ilmu tentang cara untuk padankan warna pakaian atau tudung dengan teknik yang betul.

Tetapi, masih ada lagi di antara anda yang tidak tahu cara untuk suai padankan warna yang sesuai dalam satu-satu penampilan.

Artikel kali ini akan membantu anda untuk suai padankan warna dalam satu-satu penampilan yang berfokus kepada satu warna sahaja iaitu biru.

Warna sememangnya memainkan peranan dalam personaliti seseorang. Setiap warna mempunyai psikologi warna yang berbeza-beza. Warna biru sering dikaitkan dengan warna sejuk, yakin, setia, harmoni dan berjaya.

Bagi anda yang meminati warna biru, berikut adalah cadangan warna yang boleh disuai padankan bersama.

Hitam

  • Hitam sememangnya adalah warna yang yang sesuai untuk dipadankan dengan mana-mana warna termasuklah warna biru.
  • Gabungan warna ini sesuai untuk dipadankan dengan baju ataupun seluar berwarna biru.
  • Warna hitam juga sesuai disuai padankan dengan warna daripada keluarga biru yang lain seperti warna royal blue, dark blue, teal, baby blue dan navy blue.

1. Contoh warna biru dengan hitam

Beige

  • Beige adalah salah satu warna dalam kategori warna autumn dan ia sangat sesuai untuk dipadankan dengan apa-apa sahaja warna biru.
  • Warna biru adalah warna dalam kategori warna sejuk dan warna beige dalam ketegori warna panas. Walaupun kedua-dua warna tersebut adalah warna yang kontra tetapi ia sangat sesuai untuk dipadankan bersama.
  • Sebagai contoh, anda boleh memakai baju berwarna dark blue dengan seluar berwarna beige atau sebaliknya.

2. Contoh warna biru dengan beige

Putih

  • Anda boleh suai padankan warna baju atau seluar biru dengan warna putih ini. Putih adalah warna yang ringkas dan cantik apabila dipadankan bersama.
  • Di samping itu, boleh juga padankan pakaian biru ini dengan kasut ataupun beg yang berwarna putih.
  • Sebagai contoh, anda boleh memakai satu suit lengkap berwarna biru dan baju di dalam blazer itu sesuai dipadankan dengan warna putih.

3. Contoh warna biru dengan putih

Hijau

  • Kedua-dua warna ini adalah warna yang bersebelahan dalam roda warna.
  • Teknik padanan warna secara bersebelahan ini dipanggil sebagaik teknik analog.
  • Kelebihan teknik analog adalah untuk membantu anda kelihatan tinggi kerana tona warnanya tidak jauh berbeza.
  • Walaupun gabungan kedua-dua warna ini memberikan ilusi tinggi tetapi tidak ramai yang berani untuk mencuba gabungan warna biru dengan hijau ini.
  • Bagi anda yang inginkan kelainan dan mencuba padanan yang baru, boleh cuba gabungan warna biru dengan hijau ini.

4. Contoh warna biru dengan hijau

Merah

  • Selain daripada warna di atas, warna merah juga sesuai untuk dipadankan dengan pakaian berwarna biru.
  • Boleh memilih warna seperti navy blue ataupun biru yang mempunyai tona warna yang gelap untuk dipadankan dengan warna merah.
  • Jika anda ingin menjadi tumpuan ketika menghadiri sesuatu majlis, anda boleh memadankan dua warna ini supaya lebih menyerlah.
  • Pilihan warna merah dan biru yang sesuai akan membuatkan anda kelihatan cantik dengan penampilan yang digayakan itu.

5. Contoh warna biru dengan merah

Oren

  • Tidak semua orang yakin dan berani untuk mengenakan padanan warna biru dengan oren ini.
  • Namun, ia adalah dua kombinasi warna yang menarik dan cantik apabila anda memilih tona warna yang sesuai dan betul.
  • Kedua-dua warna ini sebenarnya bertentangan antara satu sama lain dalam roda warna yang dinamakan sebagai teknik complimentary.
  • Teknik ini akan membuatkan penampilan anda kelihatan menonjol kerana wujudnya kontras (perbezaan) yang lebih ketara pada warna yang digabungkan.
  • Selain itu, teknik ini dicadangkan hanya untuk orang yang mempunyai personaliti yang berani.
  • Pilih warna biru dengan oren yang sesuai supaya anda rasa lebih bertenaga dan bergaya semasa memakai pakaian dengan warna tersebut.

6. Contoh warna biru dengan oren

Pink

  • Warna biru juga sesuai dipadankan dengan seluar ataupun baju berwarna pink.
  • Kedua-dua warna ini adalah kontra, tetapi ia sangat cantik apabila dipadankan bersama.
  • Gunakan teknik yang betul supaya fesyen yang digayakan itu sesuai dengan penampilan diri anda.

7. Contoh warna biru dengan merah jambu

Ungu

  • Satu lagi warna yang sesuai untuk dipadankan dengan warna biru adalah warna ungu.
  • Kedua-dua warna ini dikategorikan sebagi warna yang sejuk dan terletak bersebelahan dalam roda warna.
  • Anda boleh cuba gabungan dua warna ini dengan memilih tona warna yang bersesuaian dengan personaliti dan mesej yang ingin disampaikan.

8. Contoh warna biru dengan ungu

Sekarang anda sudah tahu tentang warna yang sesuai untuk dipadankan dengan pakaian berwarna biru.

Anda boleh gunakan warna yang dicadangkan itu berdasarkan minat dan kecenderungan anda memilih sesuatu warna.

Kenali tona dasar warna kulit anda juga untuk melihat warna yang sesuai digandingkan bersama.

Jika anda ingin tahu padanan warna yang lain selain biru, boleh tinggalkan pada ruangan komen di bawah.