Bentuk badan hourglass ini sememangnya menjadi idaman para wanita. Wanita yang mempunyai bentuk badan jenis ini kebiasaannya mempunyai pinggang yang ramping dan bahagian dada, bahu serta pinggul adalah sama lebar.

Dikatakan juga bahawa badan yang hourglass ini adalah badan yang ideal. Mengapa ia dipanggil badan yang ideal?

Anda bayangkan bentuk hourglass dengan letakkan satu garis tengah. Boleh juga bayangkan hourglass itu berbentuk seperti kertas origami dan bahagikan kepada dua bahagian. Apabila bahagian atas dan bawah bertemu ia akan menjadi seimbang.

Ramai orang percaya bahawa badan hourglass ini adalah badan idaman kerana ia ada keseimbangan di antara bahagian atas dan bawah serta bahagian pinggangnya pula kecil.

Walaupun anda seorang yang hourglass dan mempunyai kelebihan, tetapi ia masih ada kekurangan.

Seperti yang sudah sedia maklum, kelebihan sesorang yang mempunyai bentuk badan hourglass adalah pada bahagian pinggangnya yang kecil.

Namun, sesetengah wanita yang mempunyai bentuk badan hourglass ini merasakan bahawa saiz pinggul tidak seimbang dengan bahagian pinggang mereka.

Ataupun bahagian dada dan bahunya tidak seimbang dengan bahagian pinggangnya. Hal ini menyebabkan untuk bergaya mungkin agak sukar bagi segelintir wanita.

Di samping itu, bagi kebanyakan wanita lain pula menganggap apabila bentuk badan sudah ideal, mudah untuk mereka memilih pakaian yang menampakkan ciri-ciri feminin.

Wanita yang mempunyai bentuk badan hourglass ini juga ada kelebihan untuk memakai tali pinggang dan baju yang mempunyai jahitan tertentu pada bahagian pinggang.

Contoh pakaian yang sesuai untuk wanita berbadan hourglass

Walaupun wanita badan hourglass ini mudah untuk mencari pakaian yang sesuai dengan bentuk badan tetapi ada sesetengah pakaian yang tidak sesuai digunakan. Terutamanya pakaian yang mempunyai potongan lurus.

Hal ini dikatakan demikian kerana, baju yang dipakai itu lurus serta tidak memberikan fokus kepada bahagian pinggang yang sudah sedia cantik itu.

Baju atau pakaian yang bagus untuk wanita hourglass biasanya adalah tapered cut. Tapered cut ini bermaksud potongan yang sedikit melengkung di bahagian pinggang serta baju yang mempunyai dat di bahagian belakang baju juga sesuai untuk digunakan.

Pakaian yang mempuyai dat di belakang juga sesuai digunakan oleh wanita hourglass

Apa sahaja baju yang mempunyai potongan lurus sememangnya tidak berapa sesuai dipakai oleh wanita hourglass. Tetapi jika anda minat untuk memakai pakaian tersebut, ia tidak menjadi masalah.

Seterusnya dari sudut skirt pula, jenis potongan yang sesuai untuk bentuk badan hourglass ini ialah potongan A-line sama seperti wanita yang mempunyai bentuk badan pear.

Skirt jenis A-line ini sesuai dipakai untuk mewujudkan keseimbangan antara pinggul dan bahu.

Wanita hourglass juga sesuai memakai skirt dengan potongan A-Line

Dalam berpenampilan bagi seorang hourglass ini juga penting untuk mewujudkan titik tumpu, sama seperti bentuk badan yang lain.

Kelebihan bentuk badan hourglass ini adalah boleh wujudkan dua titik tumpu. Sama ada di bahagian tudung, rambut ataupun di bahagian pinggangnya yang ramping itu.

Boleh juga jadikan tudung atau rambut sebagai titik tumpu

Wanita yang mempunyai bentuk badan seperti ini boleh memakai tali pinggang yang cantik, memakai baju yang ada corak bunga-bunga di bahagian pinggang.

Perlu diingatkan bahawa, sesorang yang hourglass juga boleh menjadi seorang wanita yang berisi ataupun heavy. Walaupun sudah mempunyai bentuk badan yang ideal, mereka masih perlu memastikan bahawa apa sahaja yang dipakai kelihatan kemas, bersih dan rapi.

Sesuai gunakan tali pinggang ataupun bercorak bunga di kawasan pinggang

Bagi yang mempunyai bentuk hourglass, anda dinasihatkan untuk tidak memakai sesuatu pakaian yang terlampau ketat dan terlampau longgar. Sebaliknya anda perlu mencari sesuatu pakaian yang muat dan terletak elok pada badan.

Bagi anda yang mempunyai bentuk badan hourglass, banyak pilihan pakaian yang boleh dipilih untuk dipakai dan anda perlu pastikan:

  • Pakaian yang dipilih kemas dan rapi
  • Pilih satu titik tumpu (sama ada di bahagian tudung ataupun bahagian pinggang)
  • Jangan lebarkan lagi bahagian badan yang sudah lebar.
    • Sebagai contoh, jika anda memakai skirt yang salah atau potongan baju yang salah, anda akan kelihatan lebih lebar. Jadi, ia tidak akan memberikan kesimbangan pada badan anda.

Anda pula bagaimana? Adakah anda mempunyai bentuk badan hourglass ataupun bentuk badan yang lain? Boleh kongsikan jawapan anda pada ruangan komen di bawah.