Saya akan berkongsi video berkaitan ilmu imej khususnya topik mengenai penjagaan diri, penjagaan kulit dan lain-lain SETIAP HARI untuk rujukan membantu puan dan cikpuan menjadi glowwe.
Cikpuan tidak perlu lagi menunggu hari Jumaat untuk menonton LIVE Puan Mary. Hari-hari saya akan menjelma di hadapan mata cikpuan apabila cikpuan menonton video mengenai penjagaan diri, penjagaan kulit, penjagaan wajah, dan lainnya di channel youtube glowwe.
Apa itu glowwe?? Glowwe adalah nama projek yang saya dan pasukan saya lancarkan awal oktober ini.
glowwe – We Glow Together!
Bagaimana mahu pastikan cikpuan dapat menonton video glowwe setiap hari? Pastikan cikpuan terus ke YouTube Channel “glowwe” dan langgan (subscribe) agar tidak ketinggalan.
Cikpuan juga boleh menonton video video tadi di website puanmary.com dan juga puanmary.tv atau klik disini > Kumpulan Tip Penjagaan Kulit glowwe
Jangan lupa tinggalkan juga komen dan pandangan cikpuan mengenai video-video glowwe.
Topik apa yang paling cikpuan nantikan untuk kami kongsikan di glowwe?
Hai umur sy baru mencecah 15 tahun tapi eyebag saya tebal sangat” dah macam panda .. saya dah buat mcm” cara alamii tapi tidak berkesan. Mohon kongsi kan apa lagi yg saya perlu utk pulih kan mata panda 🥺
dark circle boleh jadi atas faktor lifestyle seperti waktu tidur yang tidak tetap dan juga boleh jadi atas faktor genetik. Jika kerana faktor yang pertama itu tadi, ia boleh dikurangkan dengan tidur yang cukup dan memakai produk eyecream. Tetapi jika atas faktor genetik. Ia memang tidak boleh diubah.
Eyecream yang perlu cikpuan cari adalah yang bersifat:
-Brightening
-Repair
-Hydrating
hai muka saya ada acne tapi tak teruk sangat . muka saya sometimes oily lpstu dry sampai mengelupas . i usually use brand simple dengan hada labo , dari january until december muka saya belum ada perubahan . jerawat makin naik lagi2 bhgian dagu , bekas jerawat yang lama pun still tak hilang2 lagi 😭 . umur saya nak masuk 16 . boleh suggestkn produk tak untuk saya ? 😭😭
sasa, saya suggest untuk awak try guna produk ainaa beauty dulu, saya pon alami apa yang awak lalui tu, alhamdulillah produk tu sangat berkesan, kulit muka sekarang sangat better dari dulu..
Ada x suggestion for chemical exfoliation for milia?? And safi acne solutions toner yg oren tu blh ke pakai utk tngglkn milia?
Hi glowwe.
Saya remaja lelaki berusia 14 tahun, adakah saya perlu mengambil sheet mask sebagai rutin skincare saya untuk mendapatkan muka yang diingini.
Amalan rutin asas skincare dahulu
Hi glowwe.
Penggunaan night cream dan sleeping mask adakah ia diperlukan bagi seorang remaja lelaki berusia 14 tahun.
Belum perlu
Adakah puan mary menerima PR Gift pack review ?
hi glowwe ,
sesuai ke remaja berumur 14 menggunakan sunscreen spf50 pa++++ seperti cth : biore uv aqua rich watery essence ? tq 🌻
Boleh, tetapi kesesuaian produk dengan kulit hanya boleh tahu apabila anda memakai produk tersebut. Pastikan patch test dahulu sebelum memakai produk ke seluruh wajah untuk lihat reaksi kulit dengan produk.
Hi Glowwe.
Saya remaja yang berumur 13 tahun. Adakah kita perlu cuci muka menggunakan pencuci muka selepas bangun tidur atau ketika kita mandi? Kadang-kadangkan selalu mandi lambat.
Hi,
Masa tidak menjadi masalah, tetapi perlu cuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
Sy keliru dgn skin type saya.. muka saya berjerawat n 30 min/1 hour after cuci muka saya biarkan sbb nk tau jenis kulit but my skin after that tak berminyak sangat n tak kering sangat sampai menggelupas but lepas saya pakai produk like moisturiser untuk kulit combination muka saya cepat berminyak n sometimes banyak minyak.. saya keliru sangatt😵💫